CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4824|Reply: 3

Yang bukan2 netizen.....Digelar ‘anak babi’ gara-gara watak jahat

[Copy link]
Post time 21-9-2023 10:59 AM | Show all posts |Read mode
Digelar ‘anak babi’ gara-gara watak jahat




KUALA LUMPUR: Pelakon, Rita Nadira, mendedahkan pernah dicemuh seorang warga emas yang terkesan dengan lakonannya menerusi drama Jangan Menangis Cinta. Pelakon berusia 26 tahun itu bagaimanapun bersyukur kerana tiada perkara tidak diingini menimpanya sewaktu insiden tersebut berlaku.

“Insiden itu berlaku sewaktu bulan puasa ketika saya hadir ke salah sebuah gerai yang dibuka sempena festival jualan yang diadakan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC). Wanita yang berkerusi roda itu mendekati sebelum memarahi saya kerana terlalu geram dengan kejahatan watak yang saya bawakan dalam drama tersebut.

“Namun saya sempat jelaskan bahawa yang ditontonnya hanyalah sekadar lakonan malah hubungan saya dengan pelakon yang sama-sama membintangi drama itu iaitu Amyra Rosli sangat baik.

“Apa pun saya bersyukur tiada perkara tidak diingini berlaku dan sebenarnya saya juga amat gembira kerana kemarahan wanita itu menandakan lakonan saya dalam drama tersebut, menjadi,” kongsinya.

Jangan Menangis Cinta yang ditayangkan tahun lepas turun dibintangi Remy Ishak, Halim Radzi, Sharifah Fathimah Hawra dan ramai lagi.

Dalam masa yang sama, Rita juga mendedahkan pernah menerima mesej dari netizen di Instagram yang meluahkan rasa marah dan geram mereka terhadap watak-watak antagonis yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

“Saya sering kena kecam, ada yang menggelar saya ‘anak babi’ gara-gara watak antagonis yang pernah saya bawakan sebelum ini.

“Apa pun saya sebenarnya sudah lebih awal bersedia dengan kecaman-kecaman dan serangan seperti ini. Bahkan, ramai pelakon lama yang meminta agar saya kuatkan mental untuk menanggung kesan selepas membawakan watak-watak antagonis dalam drama mahupun filem,” kongsinya.

Sumber:https://www.utusan.com.my/nasion ... a-gara-watak-jahat/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2023 05:03 PM | Show all posts

Rita Nadira Pernah Digelar 'Anak Babi' Gara-Gara Lakon Watak Jahat

Pelakon, Rita Nadira, mendedahkan pernah dicemuh seorang warga emas yang terkesan dengan lakonannya menerusi drama Jangan Menangis Cinta.


Pelakon berusia 26 tahun itu bagaimanapun bersyukur kerana tiada perkara tidak diingini menimpanya sewaktu insiden tersebut berlaku.






“Insiden itu berlaku sewaktu bulan puasa ketika saya hadir ke salah sebuah gerai yang dibuka sempena festival jualan yang diadakan di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC).


"Wanita yang berkerusi roda itu mendekati sebelum memarahi saya kerana terlalu geram dengan kejahatan watak yang saya bawakan dalam drama tersebut.


“Namun saya sempat jelaskan bahawa yang ditontonnya hanyalah sekadar lakonan malah hubungan saya dengan pelakon yang sama-sama membintangi drama itu iaitu Amyra Rosli sangat baik.


“Apa pun saya bersyukur tiada perkara tidak diingini berlaku dan sebenarnya saya juga amat gembira kerana kemarahan wanita itu menandakan lakonan saya dalam drama tersebut, menjadi,” kongsinya.


Jangan Menangis Cinta yang ditayangkan tahun lepas turun dibintangi Remy Ishak, Halim Radzi, Sharifah Fathimah Hawra dan ramai lagi.


Dalam masa yang sama, Rita juga mendedahkan pernah menerima mesej dari netizen di Instagram yang meluahkan rasa marah dan geram mereka terhadap watak-watak antagonis yang pernah dilakonkannya sebelum ini.


  



“Saya sering kena kecam, ada yang menggelar saya ‘anak babi’ gara-gara watak antagonis yang pernah saya bawakan sebelum ini.


“Apa pun saya sebenarnya sudah lebih awal bersedia dengan kecaman-kecaman dan serangan seperti ini. Bahkan, ramai pelakon lama yang meminta agar saya kuatkan mental untuk menanggung kesan selepas membawakan watak-watak antagonis dalam drama mahupun filem,” kongsinya.




Sumber: Utusan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2023 09:41 PM | Show all posts
Yang bukan2 netizen.....Digelar ‘anak babi’ gara-gara watak jahat
https://b.cari.com.my/forum.php? ... =5221018&extra=
Post time 21-9-2023 10:59 AM


DAH

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 09:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Hidup tk sempurna klau takde perkataan "gempar"..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:36 PM GMT+8 , Processed in 0.178302 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list