Seorang lelaki dikenali sebagai Hariz Kasini terkejut apabila menerima mesej minta pinjam wang daripada rakannya yang juga seorang ahli perniagaan. "Semalam seorang sahabat WhatsApp cerita masalah. Dia seorang usahawan, jatuh terduduk dan terguling-guling.
"Sekarang sampai nak makan pun sesak dan semalam tunjuk last beras yang ada kat rumah... kesian betul. "Aku nak tolong pun dah sama level dengan dia berguling-guling juga," luahnya di TikTok. Apa yang menyedihkan, rakannya itu juga meluahkan hasrat untuk pergi ke gereja bagi mendapatkan bantuan demi meneruskan kehidupan. Mana tidaknya, ramai yang menyatakan institusi agama itu mudah menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa perlu bersoal jawab mahupun surat sokongan. Menerusi tangkap layar perbualan di WhatsApp bersama rakannya itu, Hariz bagaimanapun mencadangkan agar individu itu cuba mendapatkan bantuan di masjid berdekatan. Dalam masa sama dia turut menawarkan diri untuk membantu sedaya mungkin. "Aku ada RM100, kau ambil la separuh," tawar Hariz kepada sahabatnya itu. Tambah Hariz dia berharap orang ramai turut melakukan perkara sama seandainya orang di sekeliling berdepan kesempitan hidup dan melalui fasa sukar. "Jika ada kawan-kawan dalam kesusahan, kita bantulah. Tak dapat bantu wang ringgit, bantu dari segi emosi. "Aku yang bercakap ni tak ada la betul sangat. Tapi apabila kawan-kawan dalam masalah pasti akan bantu sedaya upaya mungkin," katanya. Dalam pada itu Hariz turut berkongsi kata-kata nasihat daripada ibunya yang menjadi sumber kekuatannya. "Harta paling bernilai yang kita ada ialah iman. Itulah kata-kata mama aku apabila aku jatuh terguling-guling. Masalah timpa tak henti-henti. "Apabila datang sewel, teringat kata-kata mama, Alhamdulillah datang sedikit kewarasan... moga Allah bantu kita semua," katanya. Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakan tampil memberikan kata-kata positif dan sokongan. Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman pernah ditimpa musibah serta mengalami kesusahan sehingga kehidupan seharian terganggu. "Pernah aku suami isteri minta bantuan daripada masjid tapi tak dapat. Jadi kami pergi ke gereja dan minta bantuan, mereka beri beras, minyak dan duit RM50. "Sekarang kami tengah alami... beras langsung tak ada, telur pun dah habis. Tak tahu mana nak cari lagi, semoga Allah permudahkan urusan kami. "Doakan saya dan isteri kuat mental serta fizikal untuk tempuh semua ujian ini. Bisnes kami down habis, ujian Allah buat kami sekeluarga," ujar beberapa warga maya. -CARI Sumber: mStar
|
slavehunter: Semalam i terkejut tengok ada ...
lanacondor replied at 21-9-2023 02:12 PM
tu mmg dah viral kan.. lps mtk sedekah dia bnkin duit tu.. ada org nampak.senang hidup die xpyh kje ...
slavehunter replied at 21-9-2023 02:17 PM
Yeker Tesco mutiara damansara? Botak orang nye?
Herlina replied at 21-9-2023 06:06 AM
Nak minta bantuan kat mana2 pun silakan la, asalkan jgn mengharapkan bantuan semata2.
Rasanya kat s ...
Herlina replied at 21-9-2023 02:06 PM
Nak minta bantuan kat mana2 pun silakan la, asalkan jgn mengharapkan bantuan semata2.
Rasanya kat s ...
lanacondor replied at 21-9-2023 02:18 PM
Meols xigt tgk kt fb page mn.. kalau nt jumpa meols tepek sini
Prickford replied at 21-9-2023 02:22 PM
Betul. Banyak masjid ada gerobok rezeki. Masjid umah iolls pon ada jugak walaupon tmpt tinggal buk ...
Herlina replied at 21-9-2023 02:06 PM
Nak minta bantuan kat mana2 pun silakan la, asalkan jgn mengharapkan bantuan semata2.
Rasanya kat s ...
slavehunter replied at 21-9-2023 02:06 PM
Semalam i terkejut tengok ada satu uncle chinese beggar depan pintu Tesco pegang cup, selama ni takd ...
CiliPadiSedap replied at 21-9-2023 03:21 PM
bendera putih coming soon. tak mustahil situasi sama cm dulu
CiliPadiSedap replied at 21-9-2023 03:21 PM
bendera putih coming soon. tak mustahil situasi sama cm dulu
green~tea replied at 21-9-2023 03:30 PM
Ini masalah global.. shortages everywhere, not just madani...
Policy madani ni, kita kena ingat, ...
ADVERTISEMENT