CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6530|Reply: 51

Bisnes Merudum Teruk- Lelaki Muslim Tunjuk Beras Dalam Periuk Minta Simpati Kawan, Niat Tagih Bantuan Di Gereja

[Copy link]
Post time 21-9-2023 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Seorang lelaki dikenali sebagai Hariz Kasini terkejut apabila menerima mesej minta pinjam wang daripada rakannya yang juga seorang ahli perniagaan.


"Semalam seorang sahabat WhatsApp cerita masalah. Dia seorang usahawan, jatuh terduduk dan terguling-guling.


"Sekarang sampai nak makan pun sesak dan semalam tunjuk last beras yang ada kat rumah... kesian betul.








"Aku nak tolong pun dah sama level dengan dia berguling-guling juga," luahnya di TikTok.


Apa yang menyedihkan, rakannya itu juga meluahkan hasrat untuk pergi ke gereja bagi mendapatkan bantuan demi meneruskan kehidupan.


Mana tidaknya, ramai yang menyatakan institusi agama itu mudah menghulurkan bantuan kepada sesiapa sahaja tanpa perlu bersoal jawab mahupun surat sokongan.










Menerusi tangkap layar perbualan di WhatsApp bersama rakannya itu, Hariz bagaimanapun mencadangkan agar individu itu cuba mendapatkan bantuan di masjid berdekatan.


Dalam masa sama dia turut menawarkan diri untuk membantu sedaya mungkin.


"Aku ada RM100, kau ambil la separuh," tawar Hariz kepada sahabatnya itu.










Tambah Hariz dia berharap orang ramai turut melakukan perkara sama seandainya orang di sekeliling berdepan kesempitan hidup dan melalui fasa sukar.


"Jika ada kawan-kawan dalam kesusahan, kita bantulah. Tak dapat bantu wang ringgit, bantu dari segi emosi.


"Aku yang bercakap ni tak ada la betul sangat. Tapi apabila kawan-kawan dalam masalah pasti akan bantu sedaya upaya mungkin," katanya.


Dalam pada itu Hariz turut berkongsi kata-kata nasihat daripada ibunya yang menjadi sumber kekuatannya.


"Harta paling bernilai yang kita ada ialah iman. Itulah kata-kata mama aku apabila aku jatuh terguling-guling. Masalah timpa tak henti-henti.


"Apabila datang sewel, teringat kata-kata mama, Alhamdulillah datang sedikit kewarasan... moga Allah bantu kita semua," katanya.


Perkongsiannya itu mendapat perhatian warga maya dengan kebanyakan tampil memberikan kata-kata positif dan sokongan.


Tidak kurang juga yang berkongsi pengalaman pernah ditimpa musibah serta mengalami kesusahan sehingga kehidupan seharian terganggu.


"ernah aku suami isteri minta bantuan daripada masjid tapi tak dapat. Jadi kami pergi ke gereja dan minta bantuan, mereka beri beras, minyak dan duit RM50.


"Sekarang kami tengah alami... beras langsung tak ada, telur pun dah habis. Tak tahu mana nak cari lagi, semoga Allah permudahkan urusan kami.


"Doakan saya dan isteri kuat mental serta fizikal untuk tempuh semua ujian ini. Bisnes kami down habis, ujian Allah buat kami sekeluarga," ujar beberapa warga maya. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2023 02:06 PM | Show all posts
Nak minta bantuan kat mana2 pun silakan la, asalkan jgn mengharapkan bantuan semata2.

Rasanya kat setiap masjid (mgkn tak semua) ada disediakan 'gerobok rezeki'.
Cuma cepat habis sebelum sempat di topup sebab yg mintak semakin ramai malah bangsa lain pun ada je mintak esp penghuni rumah panjang kat TTDI.

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 02:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Semalam i terkejut tengok ada satu uncle chinese beggar depan pintu Tesco pegang cup, selama ni takde.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter: Semalam i terkejut tengok ada  ...
tu mmg dah viral kan.. lps mtk sedekah dia bnkin duit tu.. ada org nampak.senang hidup die xpyh kje mtk sedekah je..dh ckup 300 g bank.
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 02:17 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 21-9-2023 02:12 PM
tu mmg dah viral kan.. lps mtk sedekah dia bnkin duit tu.. ada org nampak.senang hidup die xpyh kje ...

Yeker Tesco mutiara damansara? Botak orang nye?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
slavehunter replied at 21-9-2023 02:17 PM
Yeker Tesco mutiara damansara? Botak orang nye?

Meols xigt tgk kt fb page mn.. kalau nt jumpa meols tepek sini
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-9-2023 02:22 PM | Show all posts
Herlina replied at 21-9-2023 06:06 AM
Nak minta bantuan kat mana2 pun silakan la, asalkan jgn mengharapkan bantuan semata2.

Rasanya kat s ...

Betul. Banyak masjid ada gerobok rezeki. Masjid umah iolls pon ada jugak walaupon tmpt tinggal bukan lah sebesar nama Damansara, Bukit Tunku mahupon Ampang Hilir.

Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 02:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Herlina replied at 21-9-2023 02:06 PM
Nak minta bantuan kat mana2 pun silakan la, asalkan jgn mengharapkan bantuan semata2.

Rasanya kat s ...

Penghuni rumah panjang kat wisma bakti tu memang less fortunate dari zaman 90s. I suspect kes kejadian curi pecah masuk kereta kat tempat hiking pun kerja mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
lanacondor replied at 21-9-2023 02:18 PM
Meols xigt tgk kt fb page mn.. kalau nt jumpa meols tepek sini

Okayyy .....
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 02:26 PM | Show all posts
upload tu kot kot ada influenza nak bank in duit ke?
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 02:34 PM | Show all posts
Prickford replied at 21-9-2023 02:22 PM
Betul. Banyak masjid ada gerobok rezeki. Masjid umah iolls pon ada jugak walaupon tmpt tinggal buk ...

masjid dekat umah meols pun ada...kalu nak, minta dgn pegawai masjid, dia record dlm buku...dulu2 letak kat luar, tapi ada manusia yg amik kesempatan, abis di sapu semua barang...ntah betul susah ke tidak....some ppl mmg suka amik kesempatan...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 02:38 PM | Show all posts
jual helmet shoei tu dapat la seribu lebih, boleh kasi member pinjam

merokok tak? kalau ye, berenti la merokok, rm20 sehari, sebulan dah rm600
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Herlina replied at 21-9-2023 02:06 PM
Nak minta bantuan kat mana2 pun silakan la, asalkan jgn mengharapkan bantuan semata2.

Rasanya kat s ...

pkp dlu kena kebas ngn [email protected] pon isle jugok. .maksudnya...masjid saingan dr dlm dan luar negeri/negara...gereja...ibu tunggal jer...
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 03:04 PM | Show all posts
jijan jajan, najib tersodok, didi and friends kata dah ramai keluarkan jutawan2 dari kelas2 deme

patot takde dah org susah kek mesia sampai limapuhringgek takde dlm kocekkk...

nak caya yg mana? sapa tipu.. doseerrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 03:21 PM | Show all posts
slavehunter replied at 21-9-2023 02:06 PM
Semalam i terkejut tengok ada satu uncle chinese beggar depan pintu Tesco pegang cup, selama ni takd ...

bendera putih coming soon. tak mustahil situasi sama cm dulu


bezanya bendera putih dulu sebab lockdown. bendera putih zaman madani sebab harga barang murah xjumpa beras stock murah xjumpa. pelanggan tiada kuasa beli. ringgit junam pelabur lari.

ni baru teaser sahaja. masa tahun lepas teaser dia isu ekonomi, tahun ni teaser akhir tahun isu beras, penarikan subsidi bersasar.

madani patut lepaskan beras stock tempatan rm26 dalam market lambak kan agar rakyat mampu beli. mohon sangat . jangan buat rakyat susah cmni



Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 21-9-2023 03:21 PM
bendera putih coming soon. tak mustahil situasi sama cm dulu




Ini masalah global.. shortages everywhere, not just madani...

Policy madani ni, kita kena ingat, itu dasar socialist, anti-capitalism...

Madanon anounce nak cukaikan capital gain tax.. ini cukai t20

Honestly aku pun  meroyan polisi madani sepak terajang pada t20
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-9-2023 03:32 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 21-9-2023 03:21 PM
bendera putih coming soon. tak mustahil situasi sama cm dulu

bukan ke pmx bawa masuk pelaburan beratus2 bilion
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 03:36 PM | Show all posts
telur ayam kt kedai area rumah aku dh xde bwh RM5...semua RM6 ke atas...kt 99 pun sama...minyak masak peket dh berbulan2 x pernah nmpk...kalau rajin setiap jumaat rehat 2 jam aku pi jaya grocer beli minyak masak peket...5 kedai runcit sederet semua xde minyak masak peket..
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 03:38 PM | Show all posts
green~tea replied at 21-9-2023 03:30 PM
Ini masalah global.. shortages everywhere, not just madani...

Policy madani ni, kita kena ingat,  ...

sikit je tu, tahun depan ada lg. dgn t20 tak dapat subsidi. kena macam2. cukai wariskan harta tukar nama pun xmustahil ada. asbab gst di buang sekarang t20 kena tekan
Reply

Use magic Report

Post time 21-9-2023 03:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Banyak kes org amik kesempatan gerobok rezeki tu. Sorg kaut selagi boleh mcm dia sorg je yg susah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 11:53 AM GMT+8 , Processed in 0.935315 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list