CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

AADK Jalankan Risikan, Kesan Keluarga Sembunyi Penagih Untuk Dirawat

21-9-2023 11:52 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 3231| Komen: 7

Description: Kuala Selangor: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengerahkan pegawainya melakukan risikan di lapangan bagi mengenal pasti isi rumah berisiko yang 'menyembunyikan' penagih kerana malu dengan masyarak ...
Kuala Selangor: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mengerahkan pegawainya melakukan risikan di lapangan bagi mengenal pasti isi rumah berisiko yang 'menyembunyikan' penagih kerana malu dengan masyarakat selain ragu-ragu, keupayaan pihak berkuasa memberi rawatan awal, sebagai intervensi tuntas mencegah golongan itu menjadi lebih parah.


Ketua Pengarahnya, Sutekno Ahmad Belon, berkata selain itu, pihaknya juga bergantung maklumat orang awam bagi membantu untuk mengesan keluarga berisiko dan penagih yang enggan tampil mendapatkan rawatan.

Sehubungan itu, tegasnya AADK terus aktif menjalankan pengesanan di lapangan ekoran berdepan beberapa kekangan, termasuk stigma negatif masyarakat masih menebal terhadap keupayaan agensi diterajui, dalam menyediakan rawatan dan pemulihan sewajarnya kepada penagih.

Ketua Pengarah AADK, Sutekno Ahmad Belon. - Foto fail NSTP


Pada masa sama, beliau menasihati keluarga yang merahsiakan keberadaan dan status ahli keluarga mereka yang terjebak najis dadah terutama penagih sendiri supaya tampil secara sukarela, sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan lebih drastik iaitu menangkap mereka berikutan gagal berbuat demikian.

"Untuk tempoh enam bulan pertama ini, pengesanan aktif yang dilakukan oleh agensi penguatkuasaan sama ada di pihak AADK ataupun pihak polis menerusi perbandingan dengan tempoh sama tahun lalu mendapati ada peningkatan (penagih) tinggi direkodkan.

"Adalah menjadi usaha AADK untuk memastikan mereka yang mengalami masalah penagihan dadah ini dapat dikesan seawalnya untuk kita beri rawatan segera, kerana intervensi awal dan rawatan segera itu adalah lebih baik untuk mengurangkan masalah berkenaan supaya bertukar menjadi lebih parah.

"Sebab itu, apa yang AADK usahakan adalah kita buat promosi kemasukan secara sukarela kepada ibu bapa melalui program outreach. Pegawai kita akan pergi ke lapangan untuk mengesan keluarga yang berisiko.

Berdasarkan pengalaman, kita boleh agak siapa yang menagih (dadah).

"Apa kita buat pada masa ini membabitkan setiap pegawai di peringkat daerah. Kita ada profiling untuk setiap mukim dan kampung untuk kita lakukan pengesanan secara aktif. Jadi kalau mereka tidak mahu tampil secara sukarela, kita akan tangkap mereka," katanya kepada pemberita semalam.

Untuk rekod, Sutekno berkata setakat ini pihaknya menganggarkan terdapat sebanyak 1,097,408 rakyat negara ini terjerumus najis dadah.

Bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, beliau mendedahkan berlaku peningkatan jumlah penagih dadah sebanyak 27 peratus dari 93,534 orang dalam tempoh sama tahun lalu, kepada 118,820 orang.

Golongan paling ramai terjebak dalam penyalahgunaan dadah, katanya adalah belia dan remaja yang merekodkan kira-kira 65 peratus.

"Pada tahun ini sebenarnya, trend (penyalahgunaan dadah) di negara kita bermula dari lima tahun kebelakangan ini....Dadah sintetik lebih tinggi jumlahnya. Pada tahun lalu, lebih 65 peratus adalah penagih dadah sintetik dan trend sama kita catatkan pada enam bulan pertama ini.

"Kalau ikut jumlah penagihan dadah, ramai penagih merangkumi 67 peratus mereka ini mengambil dadah jenis sintetik seperti ice, pil kuda dan syabu. Hanya 32.6 peratus pula guna dadah organik atau tradisional seperti morfin, heroin, ganja dan sebagainya.

"Berdasarkan pengalaman kita, umur lewat 40-an memang (banyak) ambil dadah organik. Tetapi kalau umur bawak 40 tahun ke bawah pula, kemungkinan besar 95 hingga 99 peratus mereka ini ambil dadah sintetik. Kita bimbang remaja beliau adalah golongan besar ambil dadah jenis sintetik.

Ditanya negeri merekodkan jumlah penagih ramai berdasarkan nisbah populasi penduduk, Sutekno berkata negeri berkenaan adalah Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu termasuk Pahang.

Jelasnya, ini kerana negeri terbabit terletak berhampiran dengan sempadan Thailand.

"Kalau dari segi jumlah penagih dadah, sudah pasti Selangor adalah tertinggi. Tetapi dari segi ratio (nisbah) kepada penduduk, jumlah paling tinggi adalah negeri yang berada (berdekatan) sempadan (Thailand)," katanya.

Mengikut trend penyalahgunaan dadah tahun lalu, beberapa dadah seperti methamphetamine, heroin dan ganja kebanyakan diperoleh daripada tokan sebagai sumber pertama, selain diperoleh dari kawan, saudara mara, bahkan ia juga boleh dibeli menerusi laman web gelap atau dark web.

Berdasarkan pengiraan membabitkan lebih sejuta penagih direkodkan setakat ini, AADK menganggarkan kos dibelanjakan untuk membeli dadah seperti methamphetamine sebanyak RM1.5 bilion, heroin sebanyak RM376 juta manakala ganja sebanyak RM26 juta.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Binodino 21-9-2023 12:04 PM
Tolong siasat jugak kedai2 vape yang campur cecair vape tu dengan ganja, or yang katanya mushroom tu.
Quote kakikuDibibirmu 21-9-2023 12:04 PM
AADK Jalankan Risikan, Kesan Keluarga Sembunyi Penagih Untuk Diliwat
Quote bukanomi 21-9-2023 02:29 PM
Betul ke. Bukan kalau family tak buat report xleh datang kutip kat rumah ke
Quote adiputras 21-9-2023 06:00 PM
Kena kaji semula  keberkesanan program di pusat pemulihan AADK sedia ada. Anak saudara aku dah 5 kali masuk relapse gak sampai la ni. Klu masuk universiti 5 kali sah2 dah PHD!
Quote cashewnut 21-9-2023 09:06 PM
Kan dah cakap, segala tokan, bisnes dadah, penagih kena tembak mati, baru tak membiak penyakit ketagih, jual kayaraya sebab takut kena tembak. Tengok le kesan lagi banyak. Sape penjual??? Jeng jeng jeng. Pusat dadah banyak kantoi bertan2 kat mana? Jeng jeng jeng.
Quote B40tastePosh 22-9-2023 01:29 AM
Tembak je macam kat Philippines tu.

Quote MissYouSayang 22-9-2023 01:40 AM
kakikuDibibirmu replied at 21-9-2023 12:04 PM
AADK Jalankan Risikan, Kesan Keluarga Sembunyi Penagih Untuk Diliwat

Kalau ketagih makan luar kena tangkap tak

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 05:53 AM GMT+8 , Processed in 0.047024 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top