CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kos Sara Hidup Tinggi: Majikan Perlu Semak Semula Gaji – Jobstreet

21-9-2023 11:23 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2724| Komen: 5

Description: Petaling Jaya: Majikan disaran mempertimbangkan semula tahap gaji berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat selain menjadikannya sebagai sebahagian daripada strategi menarik tenaga kerja berkual ...
Petaling Jaya: Majikan disaran mempertimbangkan semula tahap gaji berikutan kos sara hidup yang semakin meningkat selain menjadikannya sebagai sebahagian daripada strategi menarik tenaga kerja berkualiti, kata JobStreet Malaysia.


Pengarah Urusannya, Vic Sithasanan berkata, jika paras gaji median kekal sementara kos sara hidup terus meningkat, ini secara semula jadi akan mendorong pencari kerja untuk memberi lebih tumpuan kepada gaji.


“Penyelidikan kami mendapati 27 peratus daripada warga Malaysia menganggap pampasan kewangan sebagai faktor penentu apabila menerima tawaran pekerjaan, melebihi purata global iaitu 21 peratus.

“Namun, syarikat yang mungkin merasakan tekanan untuk bersaing dari segi tahap gaji juga harus mengingati faktor lain yang boleh memberi kesan kepada perekrutan dan menyerlahkan kelebihan mereka.

“Ketelusan dan keterbukaan semakin dihargai dan keseimbangan kerja dan kehidupan adalah satu keutamaan bagi majoriti rakyat. Syarikat perlu memastikan mereka boleh mewujudkan kepercayaan dan budaya korporat yang memenuhi jangkaan pencari kerja moden,” katanya.


Panduan Gaji 2023 JobStreet mendapati sebanyak 97.3 peratus daripada penyenaraian pekerjaan menawarkan tahap gaji yang serupa dengan tahun lepas.

Industri komputer dan teknologi maklumat (IT) menyaksikan kenaikan gaji tertinggi, meningkat 28 peratus daripada RM3,750 kepada RM4,800.

Pakar komputer dan IT juga mempunyai gaji median tertinggi antara semua pengkhususan iaitu RM6,000.

Menurut Sithasanan, peningkatan permintaan untuk IT adalah disebabkan tumpuan kerajaan terhadap inisiatif transformasi digital, tetapi trend ini mungkin tidak mampan dalam jangka panjang.

“Ia juga jelas daripada pemberhentian pekerja yang memberi kesan kepada syarikat teknologi utama di seluruh dunia pada awal tahun ini bahawa pertumbuhan ini mungkin tidak mampan dalam jangka masa panjang.

“Sebaik-baiknya, pembaharuan pendidikan di seluruh Malaysia harus dilaksanakan untuk meletakkan asas yang kukuh untuk melahirkan lebih ramai pakar IT berkemahiran dalam jangka panjang,” tambahnya.


Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote copy_paste 21-9-2023 11:39 AM
naik gaji,naik lagi harga barang hahahahaha,
Quote aechae 21-9-2023 12:48 PM
Majikan semak gaji tahun lepas pn yang <4k je dapat naik gaji.

Maka yg 5k ni tengok jelah haaa gtuuu
Quote Kitty_catz 21-9-2023 03:46 PM
mana2 pun sama la jobstreet uiii... meols baru je temfek pasal uni2 UK tengah strike.

gaji top2 prof kat uni top2 in the world pun sedeyyyy

apatah lagi gaji rekyat mesia lambakan uni local nehhh
Quote lanacondor 22-9-2023 04:49 AM
Kalau naik gaji lagi mmg ramai la kne buang kerja lepas ni.. kerajaan cri solution kawal harga barang.hadkan pembelian brg subsidi hanya warganegara shja.
Quote stingerbumpy 22-9-2023 05:03 AM
Edited by stingerbumpy at 22-9-2023 05:08 AM

Tak kena lay off dah bagus...nak suruh menyemak gaji konon...productivity macam hanat...cuti tak mo kurang...bulan posa di opis menaip sambil tutup mata..kepenatan bangun awal pagi siapkheun sahur utk keluarga...pulang nak awal....prepare iftar...
Iniler mentaliti dan etika kerja ORANG KITA..
[youtube]4YXto97BRhU?si=_s4P_rFSRvu5Q0UK[/youtube]




Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-6-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.048537 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top