Seorang wanita terpaksa membatalkan keinginan untuk membeli jejari kentang goreng (fries) di sebuah pasar raya. Katanya, harga kentang goreng yang sudah menjadi makanan kegemaran keluarganya kini semakin mahal berbanding dahulu.
"Fries ni dulu antara makanan yang mampu milik. Tiap-tiap bulan wajib beli buat stok kudap-kudap untuk anak-anak dalam peti ais. "Dulu yang sekilogram tu baru RM7 hingga RM8. Kalau beli yang setengah kilogram tu baru RM3.90 hingga RM4," katanya dalam satu luahan di Facebook. Wanita berkenaan turut memuat naik foto menunjukkan tanda harga yang ditampal pada cermin peti sejuk beku di sebuah pasar raya yang dikunjunginya. Jelas kelihatan harga promosi bagi kentang berperisa pedas dengan berat 1kg itu dijual pada harga RM12.99. "Sekarang ni lalu sebelah (chiller) saya jeling je sebab mahal. Berbulan-bulan dah tak beli.
"Rasa tak berbaloi sebab mahal dan tak mengenyangkan," tulisnya lagi. Mengenangkan harga barang yang semakin mahal, wanita meluahkan rasa sedihnya kerana terpaksa mengawal perbelanjaan. Jelasnya, dia terpaksa melupakan sesetengah keinginannya kerana lebih mementingkan keperluan dia dan keluarga. "Sedih sangat sekarang terpaksa downgrade kan hidup. "Tahan banyak keinginan dan nafsu demi untuk mencukupkan belanja setiap bulan," luah wanita itu lagi. Posting tersebut meraih perhatian netizen yang turut bersetuju dengan apa yang dikongsikan. Rata-ratanya turut terkesan dengan kenaikan harga barang secara mendadak bagi makanan segera. Malah ada juga yang memberi cadangan kepada golongan ibu agar membuat sendiri jejari kentang goreng untuk hidangan seisi keluarga. "Betul-betul mahal. Kalau kita selalu beli memang tahu harganya mencanak naik. "Eloklah tak makan. Beritahu anak-anak makan (fries) tak sihat. Nugget pun. Semua mahal la. "Saya buat sendiri saja kentang goreng. Biarlah tak ada rupa tapi sedap. Jimat berganda," komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
"Fries ni dulu antara makanan yang mampu milik. Tiap-tiap bulan wajib beli buat stok kudap-kudap untuk anak-anak dalam peti ais.
manehnya replied at 21-9-2023 09:27 AM
elok tukar kewajipan tu, sbb frys bukn kudap2 yg sihat, msti ummah urban ni..
hayrin86 replied at 21-9-2023 09:39 AM
Kan.. BTW, French fries pun kekadang layan juga kalau ada makanan itu..
shi_jewel replied at 21-9-2023 09:21 AM
sedap eh? iol lagi prefer ubi kayu rebus dgn telur separuh masak. lagi sedapppppppppppp. boleh memba ...
shi_jewel replied at 21-9-2023 09:21 AM
sedap eh? iol lagi prefer ubi kayu rebus dgn telur separuh masak. lagi sedapppppppppppp. boleh memba ...
Madel: Edited by Madel at 21-9-2023 01:24 AM Family aku mmg belnja kat Tesco.sebelum depa tukar nama jadi Lotus'sMmg bnyk beli brand2 Tesco..sardin, susu, ...
ADVERTISEMENT