CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takut Dihukum Gantung Dan Disebat, Peniaga Wanita Rugi Lebih RM100,000 Ditipu Phone Scam

20-9-2023 04:33 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5123| Komen: 4

Description: TELUK INTAN – Seorang wanita berusia 48 tahun menjadi mangsa sindiket ‘phone scam’ yang mendakwa dia akan dikenakan hukuman gantung dan sebatan kerana terlibat kes jenayah berat.
TELUK INTAN – Seorang wanita berusia 48 tahun menjadi mangsa sindiket ‘phone scam’ yang mendakwa dia akan dikenakan hukuman gantung dan sebatan kerana terlibat kes jenayah berat.

Takut dengan ugutan tersebut, mangsa yang juga seorang peniaga itu sanggup ‘membayar’ ratusan ribu kepada sindiket tersebut bagi membersihkan namanya.


Wang berkenaan merupakan simpanan Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan wang kemas yang digadai dengan nilai keseluruhan berjumlah RM118,880.

Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, penipuan bermula apabila wanita itu menerima panggilan telefon Khamis lalu daripada seorang lelaki mendakwa pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Katanya, suspek memberitahu wanita terbabit mempunyai cukai tertunggak sebanyak RM58,982, namun dakwaan itu telah dinafikan mangsa.


“Suspek kemudiannya meminta mangsa membuat laporan polis secara dalam talian dengan menyambungkan panggilan kepada lelaki yang memperkenalkan diri sebagai Koperal Iskandar.

“Mangsa dimaklumkan bahawa namanya telah disalah guna seorang lelaki bagi menjalankan kegiatan haram selain bersubahat dalam aktiviti penggubahan wang haram dan penyeludupan dadah,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, mangsa diminta untuk memindahkan wang sebanyak RM98,000 bagi tujuan siasatan polis dan memberi jaminan bahawa wang tersebut akan dikembalikan setelah siasatan selesai.

Katanya, suspek juga cuba menakutkan mangsa dengan membuat soal siasat selain menyatakan hukuman gantung dan sebatan yang bakal dikenakan di mahkamah.

“Mangsa juga diminta melaporkan diri kepada suspek sebanyak lima kali sehari melalui aplikasi WhatsApp.

“Suspek juga mengarahkan mangsa mengisytiharkan semua aset dengan menghantar gambar kad akaun, buku akaun, mengeluarkan wang dari akaun ASB dan menggadaikan barang kemas,” katanya.

Beliau berkata, dalam tempoh empat hari itu, mangsa telah menurut semua arahan suspek dan melakukan beberapa transaksi kepada akaun milik individu berbeza.

“Mangsa membuat laporan polis semalam selepas dia menceritakan perkara itu kepada suaminya kerana berasa takut dan bimbang.

“Siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. Orang ramai dinasihatkan untuk berwaspada bagi mengelakkan diri menjadi mangsa ‘phone scam’,” katanya. –CARI


Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote zuuu 20-9-2023 07:07 PM
Kenapa la x terus bincang ngan laki ko dulu kak b4 transfer sume duit bagai tu???rm 100k hangus camtu je,bertabahlah
Quote Firenzza 20-9-2023 07:11 PM
Apa la pompuan nih.....wak yg ada prima facie 47 kes pun dh bebas, yg ko xde pulis ketuk umah pkl 3 pg apesal nk gelabah teks?
Quote fair_iza 20-9-2023 07:20 PM
Adik aku pn hampir terkena mcm ni. Mmg siap2 nk transfer duit. Ada cikgu sek perasan dia nmpk gelisah, terus tanya. Nsb x smpt transfer.
Aku tanya dia, x pelik ke kalau yg bersambg panggiln dgn balai polis melaka? Bila pulak hang p melaka?
Quote Belibis 20-9-2023 08:10 PM
Firenzza: Apa la pompuan nih.....wak yg  ...

Sebab dia bukan ahli politik..[em:3:]

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 11:01 AM GMT+8 , Processed in 0.051136 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top