CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Dan Isteri Issey Masih Trauma Selepas Insiden Nyaris Dilanggar Kereta Yang Mengundur Laju

20-9-2023 05:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6385| Komen: 12

Anak  Issey, Faeeq Fathian, 2, masih lagi trauma selepas insiden nyaris dilanggar kereta yang mengundur laju di sebuah kedai menjual barangan haiwan peliharaan di Puncak Alam.

Walaupun sudah hampir dua minggu selepas insiden itu berlaku, Issey berkata, ada ketikanya anaknya masih lagi menyebut mengenai kejadian itu.


Foto: IG

"Alhamdulillah, anak saya dah semakin okay. Cumanya, bila isteri bawa dia ke kedai sama untuk membeli barangan keperluan kucing, dia akan teringat balik dan macam takut sedikit.

"Lagi satu, kalau kami menonton filem di rumah pun, kalau ada babak-babak membabitkan kemalangan kereta atau dia akan pandang saya dan sebut, 'boooom!! boooom!!'. Mungkin dia teringat semula," katanya kepada Harian Metro.



Dia dan isterinya cuba membantu menaikkan semula semangat anak mereka.

"Isteri saya pun sebenarnya masih trauma sebab dia pun berada di lokasi kejadian. Saya bantu untuk kembalikan semangat Faeeq. Bila tengok dia diam saja, saya cuba gembirakan dia dan cuba tak nak bagi dia terlalu fikirkan tragedi itu."


Issey juga memaklumkan, dia menerima permohonan maaf daripada wakil keluarga pemilik kenderaan itu dan menjadikan insiden itu sebagai pengajaran, kerana apa yang berlaku adalah di luar jangkaan.

"Wakil dari keluarga pemandu dan pemilik kenderaan itu ada menghubungi saya dan memohon maaf atas apa yang berlaku. Saya beritahu, saya maafkan saja. Namun, saya jadikan pengajaran supaya perkara sebegitu tidak berulang lagi," katanya.


Terdahulu, Harian Metro melaporkan mengenai video kamera litat tertutup (CCTV) memaparkan sebuah kereta melanggar seorang kanak-kanak dan pintu hadapan sebuah premis yang tular di media sosial.-CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mamapea 20-9-2023 05:05 PM
aku ingat issey ni anak baru sorang 2...rupanya 4...dh besar2...kesian anak dia...pi la jumpa mana2 ustaz buat air ke bg semangat anak tu pulih balik...semoga dipermudahkan segala urusan...Aamiinn...
Quote vanillaninja 20-9-2023 05:06 PM
I tak kenal siapa heols tapi I tengok video yang viral tu. Anak celebrity(???) kekdahnya. Mujur anak heols takde apa2 ye. Alhamdulillah.
Quote Fazzbulous 20-9-2023 05:22 PM
mamapea replied at 20-9-2023 05:05 PM
aku ingat issey ni anak baru sorang 2...rupanya 4...dh besar2...kesian anak dia...pi la jumpa mana2  ...

3 yg besar tu ank tiri uolls..yg kcik tu ya..
Quote sukacactus 20-9-2023 05:50 PM
mamapea replied at 20-9-2023 05:05 PM
aku ingat issey ni anak baru sorang 2...rupanya 4...dh besar2...kesian anak dia...pi la jumpa mana2  ...

Dia kawin dgn balu ank 3
Ok la npk happy je ank2
Quote ira_sindarella 20-9-2023 06:13 PM
Dulu dia kawin ngan pompuan darah paki macam jahlop.. tp tak kekal lama. Zaman tu belum ada tiktok. Tp tgh hype dgn video di Ig dan Fb.. teringat dia dan ex wife dia tu mcm try hard buat video gurau nyakat laki bini. Lama² video makin takde. Terus mereka pun berpisah.

Wife second ni, kalau tak silap balu anak 3.. dah kawin ngan wife ni, baru nampak dia turn down sikit. Takde kejutan budaya sangat after kawin. Dia pun baru nampak bahagia yg tidak dibuat buat. Semoga berkekalan.
Quote mamapea 21-9-2023 07:53 AM
Fazzbulous replied at 20-9-2023 05:22 PM
3 yg besar tu ank tiri uolls..yg kcik tu ya..

ooo..baru tau...hensem anak laki yg besar tu...
Quote mamapea 21-9-2023 07:54 AM
sukacactus replied at 20-9-2023 05:50 PM
Dia kawin dgn balu ank 3
Ok la npk happy je ank2

tq info...
Quote maroon_nerd 21-9-2023 11:09 AM
Aku suka tengok wife issey ni. Wife dia jenis cool je. Tak over & sederhana.
Quote shernazz 21-9-2023 11:15 AM
Laa Anak dia ke kena langgar
Mmg trauma.le...sebab teringat kan
Kita.yang tengok pung rasa cm eh hidup LG ke budak tu..
Alhamdulillah selamat
Quote MistrezHermanaz 21-9-2023 11:31 AM
ira_sindarella replied at 20-9-2023 06:13 PM
Dulu dia kawin ngan pompuan darah paki macam jahlop.. tp tak kekal lama. Zaman tu belum ada tiktok.  ...

dulu2 tu dubsmash x silap iols..kemain dia dgn ex wife dia dulu.. tp bini baru dia ni ok, dulu cikgu sekolah kn..ke masih cikgu
Quote prettyuglybabe 21-9-2023 01:07 PM
hari tu ye ye kata orang lain tak yah panjang cerita..
tapi la ni dia pulak dok bercerita..
kalu diam-diam orang pun tak tau or tak ingat..
Quote IzzahF 21-9-2023 01:43 PM
mau tak trauma, aku yg bukan mak budak tu tgk pun seriau

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.040617 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top