Caprice memaklumkan isterinya iaitu Farra Inalis kini sedang hamil lima bulan. "Alhamdulillah, buat pertama kali saya ingin umumkan selepas minta izin isteri dulu... yes or no?
"Alhamdulillah isteri saya kini sedang mengandung lima bulan," katanya kepada mStar. Dalam pada itu, Caprice mengaku ramai pihak bertanyakan mengenai zuriat dan dia mengakui di awal perkahwinan mereka masih belum bersedia untuk menimang cahaya mata disebabkan oleh beberapa faktor.
Bagaimanapun mereka kali ini tidak menolak rezeki itu dan bersyukur kerana bakal dikurniakan seorang lagi cahaya mata tidak lama lagi. "Selepas saya kahwin, ramai tanya saya kenapa tak mahu cuba dapatkan anak. "Bukan tidak mahu mencuba tetapi sewaktu baru berkahwin dulu, ada macam-macam juga masalah berlaku. "Tekanan daripada perniagaan, tekanan daripada sosial media... jadi saya memang tidak terfikir lagi soal anak," ujarnya.
Caprice juga dilantik menjadi pengasas bersama produk suplemen lelaki iaitu ThorX. Pelantikan itu dibuat sesuai dengan pengaruh positif yang dibawa penyanyi itu kepada golongan lelaki terutamanya para suami.
"Saya teruja apabila menjadi pengasas bersama produk suplemen ini kerana ia diperbuat daripada bahan organik berkualiti tinggi tanpa kesan sampingan. "Ia selamat digunakan dan sudah pun mendapat pengiktirafan pada peringkat global," ujarnya.
Untuk rekod, Caprice mendirikan rumah tangga dengan Farra pada November tahun lalu. Farra mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Aleesya Sofea hasil perkahwinan terdahulu. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|