PHNOM PENH, Kemboja – Seorang lelaki kritikal selepas dipanah petir semasa menunggang motosikal di wilayah Svay Rieng, Kemboja. Kejadian sama turut meragut nyawa isterinya. Khmer Times melaporkan, kejadian berlaku di daerah Romduol pukul 12.30 tengah hari (waktu tempatan) Ahad lalu.
Menurut polis, mangsa bernama Chou Sovanndara, 35, sedang menaiki motosikal bersama suaminya, Pean Ra, 32, apabila mereka dipanah petir. Sovanndara mati di lokasi kejadian, manakala suaminya dikejarkan ke Hospital Wilayah Svay Rieng dan masih kritikal. Mayat mangsa diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan. –CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT