Abby Abadi bengang dengan individu yang meminta dirinya untuk menegur anak-anak yang membuat kesilapan. Di Instagram Story, seorang individu meminta dirinya agar dapat menjadi ibu yang baik.
“Moga dapat menjadi ibu yang baik, menegur ketika anak-anak ketika berbuat salah,” kata individu itu. Kenyataan tersebut membuatkan Abby tertanya-tanya dan mempersoalkan semula tentang didikannya terhadap anak-anak. “Maksudnya? Saya nampak jenis tak menegur anak-anak saya ke? Saya tegur, saya nasihat, saya didik. “Dari kecil anak-anak semua dengan saya, sampai keluar air liur putih dah saya cakap semua benda. Takkan semua nak kena share?,” balas Abby.
|
ketambangkang replied at 20-9-2023 02:18 PM
asyik nk melenting je dia ni
ADVERTISEMENT