CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

PM Jamin Harga Beras Tempatan Tidak Naik

19-9-2023 11:18 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 18006| Komen: 88

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi jaminan bahawa tiada kenaikan harga beras tempatan.

Perdana Menteri berkata beliau sudah mengarahkan menteri-menteri yang berkaitan untuk turun padang dan memantau harga barangan di pasaran memandangkan isu berkenaan tidak boleh diambil ringan oleh kerajaan.



"Walaupun kita beri jaminan harga beras tempatan tidak naik tapi ada laporan tentang kekurangan di beberapa tempat dan mesti ditangani dengan baik, cuma saya harap Ahli Yang Berhormat faham (contohnya) kenaikan harga bawang, fahamkanlah bahawa sejak Ogos lalu duti eksport bawang dari India naik 40 peratus.

"kita kena faham ini, dan India buat keputusan naikkan duit eksport bawang 40 peratus dan tentunya bagi kita dari Malaysia yang membeli bawang dari India akan terkesan dari harga itu begitu juga keputusan India bulan lalu untuk hadkan (eksport) beras putih," katanya.


Beliau berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) bagi Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata berdasarkan teori bekalan dan permintaan perkembangan berkenaan sudah pasti akan mengakibatkan kenaikan harga barangan.

Justeru, kerajaan mengambil langkah dengan memberikan tambahan subsidi bagi menjamin harga beras tempatan di paras yang rendah.

"Jadi ikut teori bekalan dan permintaan bila eksport dihadkan harga naik maka kita tambah subsidi untuk menjamin beras tempatan tidak naik harga," katanya.


Sumber: Harian Metro




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 19-9-2023 11:21 PM
Beras tempatan menyorok dekat celah burit dia!
Quote MissYouSayang 20-9-2023 12:00 AM
kakikuDibibirmu replied at 19-9-2023 11:21 PM
Beras tempatan menyorok dekat celah burit dia!

Kaki semburit
Quote pearl.silver 20-9-2023 12:01 AM
Jamin harga tak naik
Tp xjamin beras tempatan wujud
Quote kemaruk 20-9-2023 12:33 AM
Biasanya yang diucap akan terbalik.. kita tunggu jer
Quote sharlenetexas 20-9-2023 12:35 AM
Beras tempatan bersembunyi kat mana?
Awak kat mana?
Awak awak kat mana?

Quote iman_kasih 20-9-2023 12:36 AM
PM dan menteri dah minta pada MPs tadi bgtau kat area mana yg x cukup. Sayangnya pembangkang keluar awal pulak tadi. Harap2 sempat selit nota sebelum keluar.
Quote sharlenetexas 20-9-2023 12:45 AM
kemaruk replied at 20-9-2023 12:33 AM
Biasanya yang diucap akan terbalik.. kita tunggu jer

#throwback

https://b.cari.com.my/forum.php? ... bile=2#pid153214749

Quote eely_shana 20-9-2023 01:33 AM
Semoga betul x naik
Quote cikatilia 20-9-2023 10:04 AM
beras yg aku suka beli mahsuri.. last nampak mcm time before hari raya puasa .. now xwujud dah.. huhuhuhu
RM23.50 = 10kg kat ekonsep.
Quote nazurah 20-9-2023 10:12 AM
Minggu sudah iols pi AEON Bandar Dato Onn masih ada banyak beras cuma tak sempat la nak menilik jenis apa pasal iols dah beli beras...

kesian orang yang anak ramai...budak2 esp lelaki kuat makan, yang remaja pun kuat makan.

dulu masa iols kecik... sebulan 30kg tau mak beli beras, seguni gitu.
Quote aciksenah 20-9-2023 10:17 AM
Memang la tak naik harga..tapi nak jumpa tu ibaratkan kena main sorok2. Cari kat mana2 pun tak jumpa.
Quote honam 20-9-2023 10:53 AM
nak cari beras cap rambutan yg warna oren tu pun susah skang ni walaupun 10kg dah naik harga ke 46 hinggit
Quote bulalof 20-9-2023 12:49 PM
masya Allah betapa munafiknya para pemimpin Islam dlm negara kini.

agamawan hanya mampu diam membisu takutkan 'pemimpin'.
Quote kitaserupaaa 20-9-2023 12:52 PM
Patut tambah statement jamin harga & bekalan beras tempatan di pasaran. Jamin harga tapi beras takde, ape lah gunanye
Quote tripleid 20-9-2023 01:03 PM

Quote Belibis 20-9-2023 04:18 PM
Dah naik la madanon woi..ko makan nasik ke tak??
Quote TomyamPuteh 20-9-2023 07:17 PM
Beras Merbok dh mencanak naik ke 38 inggit 10kg.Dulu plg kuat pun 23 inggit je.
Quote shamsadis 20-9-2023 08:58 PM

beras pek ungu ada jual kat mana time2 ni? area Lembang Klang pleissss
Quote Firenzza 20-9-2023 09:31 PM
kita tambah subsidi

......aritu bukan main ko wayang nak hapus subsidi.....la ni nk tambah lg? Nuart ni tau ke tidak selain bangla & rohingya yg dpt subsidi beras, org spore pun ramai yg borong beras subsidi ni kt pasar larkin selain pam minyak ron95 sambil jek tayar sebelah bagi mampat bolehla buat stock jln2 spore 1 bulan gitewwwww

Lihat semua komen(88)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 04:48 AM GMT+8 , Processed in 0.076040 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top