CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Lelaki Tak Perasan Pakai Baju Bundle Jenama Arak, Siap Jadi Imam Solat Maghrib

19-9-2023 05:45 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11887| Komen: 16

Seorang lelaki serba salah kerana memakai baju dengan tulisan jenama minuman keras gara-gara tidak teliti semasa membeli pakaian.

Katanya pada mulanya dia mencari baju tanpa lengan di beberapa buah butik pakaian di sebuah pasat beli belah namun gagal menemuinya.




"Saya pakai baju tanpa lengan masa pergi konsert itu. Sebelum itu saya masuk ke macam-macam kedai cari baju tanpa lengan berwarna hitam tapi tak ada.

"Akhirnya saya pergi bundle beli baju hitam dan gunting baju tersebut,"katanya menerusi video di TikTok.

Dia kemudian mengenakan baju itu ketika menghadiri konsert Hausboom Music 2023 pada minggu lalu bahkan turut menjadi imam ketika mengerjakan solat.


"Saya juga bawa baju berlengan panjang untuk pergi solat. Alhamdulillah, jadilah imam solat maghrib.

"Setelah beberapa hari, dia baru menyedari bahawa pada baju berkenaan terpapar tulisan jenama minuman arak.

"Bila saya tengok balik baju saya, saya nampak ada tulisan jenama air arak. Saya baru tahu baju itu baju arak, dah jadi imam..habislah. Saya pun baru perasan tadi."

Bagaimanapun, dia tetap mengakui kesilapannya kerana tidak memeriksa baju tersebut terlebih dahulu sebelum membelinya.

"Ini apa punya jenama pun saya tak tahu.. Allahuakbar takutnya saya.

"Masa dekat bundle tu saya tak check, nampak baju hitam okay terus beli. Memang silap saya sebab tak check."

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut berkongsi situasi yang sama dengan lelaki berkenaan ketika membeli pakaian terpakai.

Sementara itu, mereka juga menasihatinya agar lebih berhati-hati selepas ini. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 19-9-2023 08:23 PM
Xpe la dik, mohd salah pun pki baju liverpool bertulisan carlsberg. Rs nya x murtad lg dia tu.
Quote imransulaiman 19-9-2023 11:47 PM
Kau tak canang satu dunia, tak de siapa pun yang tahu! Ngok!

Lagi satu...bukan short sleeve! Tapi sleeveless! Setaaaaannnnn!
Quote che-cikL 19-9-2023 11:53 PM
sambaldurian replied at 19-9-2023 08:23 PM
Xpe la dik, mohd salah pun pki baju liverpool bertulisan carlsberg. Rs nya x murtad lg dia tu.

Bukan ke dah lama pakai Standard Chartered
Quote sharlenetexas 19-9-2023 11:55 PM
Bercakap sikit lagi terjuih2.

Quote eely_shana 20-9-2023 01:48 AM
Berhati2 lah sblum buat sesuatu
Quote sayurmayur88 20-9-2023 07:36 AM
eh, tak tau iolls
Quote B40tastePosh 20-9-2023 09:34 AM
imransulaiman replied at 19-9-2023 11:47 PM
Kau tak canang satu dunia, tak de siapa pun yang tahu! Ngok!

Lagi satu...bukan short sleeve! Tapi s ...

Kalau nak cakap lengan pendek dlm English sebut ape?
Quote KamikuP 20-9-2023 09:47 AM
Nak kejar likes dan clout bukak balik citer lama khuenzz dekk
Quote tompie 20-9-2023 09:55 AM
sambaldurian replied at 19-9-2023 08:23 PM
Xpe la dik, mohd salah pun pki baju liverpool bertulisan carlsberg. Rs nya x murtad lg dia tu.

Zaman Liverpool pakai Carlsberg Salah baru nak masuk sekolah tadika..

Tapi.......

Arak tu dah terang2 salah... apa hukum pakai baju berlambang bank pulak?? sedangkan bank tu institusi ribak yang haram jugak??
Aku tanya soalan aje.. sebab aku tak tau / malas nak research.. kot2 kat sini ramai alim ulamak
Quote kakikuDibibirmu 20-9-2023 10:01 AM
tompie replied at 20-9-2023 09:55 AM
Zaman Liverpool pakai Carlsberg Salah baru nak masuk sekolah tadika..

Tapi.......

teringat akak logo BANK ISLAM semasa penjenamaan semula jadi BAN ISLAM, selayaknyalah

Quote kakikuDibibirmu 20-9-2023 10:04 AM
Lebih baik kita bertabarruk dengan salib Nabi Yesus Kristus A.S.

[youtube]cWK86qWSMoo[/youtube]
Quote imransulaiman 20-9-2023 03:56 PM
B40tastePosh replied at 20-9-2023 09:34 AM
Kalau nak cakap lengan pendek dlm English sebut ape?

Lengan pendek = short sleeve

Kalau dia refer baju dia beli bundle tu, dia betul (short sleeve...kalau baju asal tu lengan pendek lah)

Kalau dia refer baju yang dah alter, itu sleeveless.

Wallahu'aklam
Quote nanasno 21-9-2023 11:15 AM
iols belek2 gambar lama laki iols zaman budak2 dulu dia pergi kenduri kawen kawan dia pakai tshirt bundle. sebesar besar alam tshirt dia tulis Jack Daniels kihkihhhh. melekek lekek iols tengok gambar tu sambil jerit kat dia takkan u tak tauuu jack daniels tu apaaaaa. kihkhihhh. terus dia cakap masa muda2 mana tauuu pegi kedai bundle sauk je baju apa apa lolll. k tu je lah.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 03:15 PM GMT+8 , Processed in 0.228066 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top