CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Mangsa Tembak Di Machang Agak Ganas, Ada 12 Rekod Jenayah, Baru Keluar Penjara April Lalu

19-9-2023 05:36 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9226| Komen: 39

Description: Kota Bharu: Lelaki yang maut ditembak di Jalan Hutan Kuin di Machang, dekat sini, petang kelmarin disahkan mempunyai 12 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.Malah, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muha ...
Kota Bharu: Lelaki yang maut ditembak di Jalan Hutan Kuin di Machang, dekat sini, petang kelmarin disahkan mempunyai 12 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Malah, Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, lelaki berusia 38 tahun yang baru keluar dari penjara April lalu juga berada dalam senarai dikehendaki polis.


Anggota forensik memeriksa lokasi kejadian seorang lelaki ditembak di Kampung Hutan Kuin, Machang. - NSTP/Nik Abdullah Nik Omar

"Berdasarkan rekod, mangsa seorang yang agak ganas kerana mempunyai 12 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah, selain baru keluar dari penjara April lalu.

"Buat masa sekarang siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti motif utama kejadian," katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki meninggal dunia dipercayai ditembak di hadapan kedai alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin di Machang dekat sini.


Ketika kejadian, lelaki terbabit difahamkan memandu pacuan empat roda itu berhenti untuk membeli alat ganti kenderaan.

Dalam pada itu, Muhamad Zaki ketika mengulas kejadian itu berkata berdasarkan keterangan kejadian dikatakan membabitkan lima suspek.

"Sehingga kini nombor plat kenderaan dinaiki suspek belum dikenal pasti kerana lokasi kejadian tidak mempunyai rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

"Bagaimanapun siasatan masih dijalankan untuk mengesan semua suspek terbabit," katanya mengesahkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.


Sumber: BH Online










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sambaldurian 19-9-2023 05:40 PM
Lorh sebelum ni family ckp, mangsa ni perahsia la pendiam la.tp ada rekod rupanya. Mungkin dh bertaubah lepas kuar penjara, xnk campur dh jd geng jenayah. Tp kena tembak ke. Speku husnozon.
Quote Perwira2022 19-9-2023 05:41 PM
Babi macam ni elok sangat ditembak mampos. Syukur Alhamdulillah
Quote matamata 19-9-2023 07:21 PM
Entah entah......
Quote matamata 19-9-2023 07:22 PM
Macam tutup kes je benda ni
Quote plywood 19-9-2023 07:35 PM
kenapa ada ulasan "agak ganas".

dah kena label mcm tu maka dah pengaruhi fikiran ramai orang spt dia ni tak per kena bunuh... siapa yang bagi label tu wartawan ker pihak polis.. bagi tau jerlah maklumat tp ulasan agak ganas itu tak perlu dlm satu artikel rasmi...sembang kedai kopi tu tak per
Quote Belibis 19-9-2023 08:36 PM
Dah tau ada rekod ' dikehendaki'.. ko pi bebas kenapa??atau bebas semata2 nak lupus cara terhormat?[em:3:]
Quote syamzana 19-9-2023 08:46 PM
sambaldurian replied at 19-9-2023 05:40 PM
Lorh sebelum ni family ckp, mangsa ni perahsia la pendiam la.tp ada rekod rupanya. Mungkin dh bertau ...

tapi polis kata dlm senarai dikehendaki polis. mesti la dia buat hal lagi lepas keluar jail.
tak brp nak husnudzon sgt kalau sejenis gedebe gini,maybe baik mati dari hidup
Quote Dovahkiin 19-9-2023 08:52 PM
UTK.
Quote acikhan 19-9-2023 08:58 PM
jenayah pun mampu pakai 4x4..hebak
Quote dani-rox 19-9-2023 09:06 PM
definisi jenayah 'agak ganas'?
Quote OshinDaSolja 19-9-2023 09:12 PM
begitulah pengakhiran beliau.....
Quote Triple_8 19-9-2023 09:16 PM
dani-rox replied at 19-9-2023 09:06 PM
definisi jenayah 'agak ganas'?

Pembunuh upahan dan samun bersenjata, katanya orang Machang dalam telegram.
Quote dani-rox 19-9-2023 09:24 PM
Triple_8 replied at 19-9-2023 09:16 PM
Pembunuh upahan dan samun bersenjata, katanya orang Machang dalam telegram.

Ooo kisahnya. Samun bersenjata bole la dianggap agak ganas. Kalau pembunuh upahan, tu barulah kejam.

btw thanks for the info
Quote ciksom 19-9-2023 09:29 PM
Penjenayah memang ganas.ada ke penjenayah baik?
Quote Skuau 19-9-2023 10:08 PM
ciksom replied at 19-9-2023 09:29 PM
Penjenayah memang ganas.ada ke penjenayah baik?

masa buat jenayah dia ganas..waktu maghrib..dia pi surau/masjid....gitew...kot.
Quote mawardia 19-9-2023 10:54 PM
Lar... takkan la sorang umat pun takde cctv kat situ
Quote Triple_8 19-9-2023 11:36 PM
dani-rox replied at 19-9-2023 09:24 PM
Ooo kisahnya. Samun bersenjata bole la dianggap agak ganas. Kalau pembunuh upahan, tu barulah keja ...

Sama-sama.
Quote kakikuDibibirmu 19-9-2023 11:40 PM
Encik suami akak di medan ranjang pun agak ganas, ermmm...
Quote ultra78 19-9-2023 11:50 PM
kakikuDibibirmu replied at 19-9-2023 11:40 PM
Encik suami akak di medan ranjang pun agak ganas, ermmm...

Pakai toy bercabang?

Lihat semua komen(39)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-9-2023 03:17 PM GMT+8 , Processed in 0.084466 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top