Seorang guru terkejut apabila mendapati murid perempuan Tahun Lima menulis perkataan LGBTQ pada kertas lukisan. Perkataan tersebut ditulis kecil di bawah lakaran. Menurut guru tersebut, lukisan yang dilakarkan oleh murid itu sangat cantik tetapi beliau terkejut apabila melihat perkataan LGBTQ+ yang ditulis.
“Lukisan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun ini telah saya pilih top 13 tercantik. Dia dapat hadiah sagu hati. “Usai selesai penyampaian hadiah, saya terus mendapatkannya kerana merasa bertanggungjawab menegur dia. Saya sendiri mahu tahu niat dia menulis sebegitu rupa. Saya menemu bual dia yang kebetulan itu ditemani ibunya di sisi,” katanya. Disoal tentang maksud perkataan itu, dia tidak memahami apakah yang dimaksudkan sebaliknya menjawab dia mengikut trending di media sosial. “Berkali-saya saya bertanya, dia tetap menggelengkan kepala dan tersenyum sengih. Katanya dia tidak tahu apa maksud LGBTQ+. Dia hanya ikut trend di aplikasi TikTok.
“Saya sempat memberi penerangan ringkas dan yang paling mudah untuk dia fahami. “L itu lesbian. G itu gay. Perempuan tak boleh bercinta dengan perempuan. Lelaki tak boleh bercinta dengan lelaki. Golongan ini Allah laknat. Lain kali adik jangan lagi tulis macam ini lagi ya,” katanya. Loading FB Post... Setelah menerangkan dengan lebih lanjut dan diterangkan oleh rakannya melalui bacaan di Google, murid itu terus terkejut mendengarnya. “Ada seorang kanak-kanak lelaki menggunakan telefon bimbit. Dia cari makna singkatan ini di Google dan terus membacanya kepada kami. “Kanak-kanak perempuan ini terus memberi reaksi yang sangat terkejut. Dia baru tahu makna LGBTQ+. “Ibunya berterima kasih kepada saya kerana telah menegur anak perempuan beliau mengenai isu ini. Semoga isu ini memberi manfaat dan pengajaran buat semua,” katanya. -CARI Sumber:The Reporter
|
Buritan replied at 19-9-2023 09:33 AM
Tp lukisan budak tu cantikk.. kemas..
dua_chzy replied at 19-9-2023 07:37 PM
Budak klas blakang memang pandai melukis.
lanacondor replied at 19-9-2023 07:36 PM
Ya Allah seram.. yela bdk besar ni mn tau..tgk byk kt socmed nmpk cool.. dia Pon tulis je.. mcm bdk2 ...
sharlenetexas replied at 20-9-2023 01:14 PM
Sebelum tu tak abis2 dgn GRUNGE merata riti.
lanacondor replied at 20-9-2023 07:06 PM
Siap ada geng kan. Geng hip hop, grunge, punk.. bodoh2 je zmn tu.. pki topi NY seluar baggy dh ras ...
ADVERTISEMENT