Floor88 kesal apabila ada individu yang dikenali menulis komen negatif mengenai kumpulan mereka di media sosial. Drammer Floor88 iaitu Akram memberitahu individu berkenaan turut memberikan perbandingan antara muzik kumpulan Floor88 dengan Box Million Story.
“Ini bukannya terasa ke apa tapi saya ada baca komen dekat Facebook dan ada dalam kalangan kawan juga, depan kita ni baik tapi bila baca komen dia menghentam pula. “Siap cakap saya buat lagu ni sebab lagu Floor88 macam budak-budak sebab tu dia tubuhkan kumpulan baru, saya tak faham kenapa perlu bermuka-muka macam ni, kalau tak suka cakap saja tak suka. “Jangan memperkotak katikkan lagu orang dan buat perbandingan, lagi pun hubungan kami masih lagi baik tak ada pun istilah gaduh ke apa dan tak tergugat sama sekali,” kata Akram kepada mStar. -CARI Sumber: mStar
|
ADVERTISEMENT