CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Angkat Sumpah, Altimet Mahu Balas Budi Warga Selangor

19-9-2023 04:35 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 4574| Komen: 10

Description: Shah Alam: Penyanyi rap, Altimet, 45, menyatakan kesediaannya menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat demi membalas budi kepada negeri kelahirannya, Selangor. Menurut penyanyi dengan nama sebe ...

Shah Alam: Penyanyi rap, Altimet, 45, menyatakan kesediaannya menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat demi membalas budi kepada negeri kelahirannya, Selangor.


Menurut penyanyi dengan nama sebenar, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad ini, antara misi dan visi untuk Lembah Jaya ialah pembangunan fasiliti dan kes kebajikan asnaf di kawasan Lembah Jaya.



“Saya rasa ada satu tanggungjawab besar terletak di atas bahu ini. Tapi saya sedia menggalas tanggungjawab ini untuk Selangor, sebagai balasan budi kepada negeri kelahiran saya.


“Saya berharap dapat berkomunikasi dengan warga Lembah Jaya dengan lebih baik.


Buat masa sekarang, saya dan pasukan sedang mengumpul maklumat sebelum betul-betul bergerak.


“Kami akan memberi tumpuan pada kes-kes kebajikan asnaf, pembangunan infrastruktur dan juga penambah baikan fasiliti sekolah-sekolah di Lembah Jaya. Saya yakin dengan kebolehan pasukan pejabat khidmat Lembah Jaya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini, hari ini.


Terdahulu, Altimet yang mengenakan baju Melayu berwarna merah hadir di majlis angkat sumpah di Dewan Negeri Selangor, Shah Alam, hari ini.


Difahamkan, busana sama dikenakannya semasa hari penamaan calon pada 29 Julai lalu.


Sebelum ini, Altimet yang bertanding untuk kerusi DUN Lembah Jaya menang dengan majoriti 6,707 dan memperoleh 26,116 undi mengalahkan pencabar terdekatnya Sharifah Haslizah Syed Ariffin dari Perikatan Nasional (PN) yang memperoleh 19,409 undi.



Sumber: Utusan



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pembacagosip 19-9-2023 04:56 PM
ingat amanah tu besar jadi pemimpin utk rakyat
Quote ezacbee 19-9-2023 05:07 PM
Selamat berkhidmat.

Hati2. Jangan lagu hoi ya hoi terikut sekali.
Quote lasagna 20-9-2023 08:13 AM
nasib baik dh stop jd penyanyi, now bleh focus politik.
selamat maju jaya Altimet!!
Quote stingerpressor 20-9-2023 08:16 AM
Tahniah.....
Quote sangbara2020 20-9-2023 09:09 AM
bukan dia nyanyi sedap juga ke...xrasa kehilangan bakat besar ke kita ni ehh??
Quote talapia 20-9-2023 09:33 AM
aku nk tgk prestasi dia..
klau ikut lagu.. dia berani suarakan kebenaran dalam lirik2 lagu dia..
so kita tengok.. mudah2an ikhlas la berkhidmat..
Quote Burong_Hantuk 20-9-2023 10:07 AM
   
Quote marchikobonzo 20-9-2023 11:29 AM
Selamat berkhidmat yb..lepas ni still boleh rap & buat lagu lagi
Quote razzmat 20-9-2023 11:55 AM
lembah jaya lampu jalan tak idup gelap
Quote Suchi 20-9-2023 12:49 PM
Biasanya yg baru jadi yb mmg akan beria sikit laa takpe kita tgk cemana nnt.

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-9-2023 03:35 AM GMT+8 , Processed in 0.077472 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top