CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Khodi Hanya Pakai Tudung Dalam Gadis Muzikal, Harap Penonton Tak Pertikai Penampilan

19-9-2023 04:12 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2107| Komen: 0

Penyanyi dan pelakon baru, Khodi berharap penonton tidak mempertikai penampilannya yang bertudung menerusi drama bersiri Gadis Muzikal yang baru selesai tayangannya di TV3, Sabtu lalu.

Khodi, 23, atau nama sebenarnya Seri Khodijah Kamarul Bahrin yang membawakan watak Shikin berkata, dia diberikan peranan sebagai gadis kampung dan perlu melakonkan watak mengikut kehendak pengarah.



"Realitinya di luar saya tak bertudung. Setakat ini tak ramai yang perasan mungkin kerana saya muka baru, tapi ada juga yang bertanyakan perkara ini di Instagram saya.

"Mereka puji saya antaranya seperti, 'baru kenal Khodi, comel bertudung dalam Gadis Muzikal nampak sweet' dan ada juga tulis 'oh free hair rupanya. Ada yang terkejut kerana dalam Instagram lain dan lakonan lain.

"Sekiranya ada rezeki saya tak kisah nak ambil lagi watak yang perlukan saya bertudung. Saya nak bawa watak yang menyeronokkan," katanya kepada Harian Metro.



Khodi pernah menyertai program TV3 iaitu Lagu Cinta Kita (LCK) dua tahun lalu, namun tersingkir awal dari persaingan. Dia bersyukur kerana ditawarkan berlakon Gadis Muzikal.

"Sungguh tak sangka saya diberikan peluang ini. Saya sebenarnya adalah artis rakaman Sony Music Malaysia sejak usia 17 tahun sampailah sekarang.

"Saya keluarkan single Lenggang dan runut bunyi Dia Bagiku dan beberapa lagu lain. Dalam masa sama, saya cuba nasib masuk LCK.

"Sebelum itu saya busking dan sertai open mic. Saya masih muda dan ingin cuba pelbagai genre. Cita rasa saya lebih kepada City Pop Jazz ala Datuk Sheila Majid tapi lebih moden," katanya yang baru menamatkan pengajian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).

Ditanya berkenaan komen netizen mengenai penampilan dan bentuk fizikalnya, Khodi berkata, dia tidak mempedulikan kata-kata mereka.

"Saya paling tak kisah dengan fizikal dan berat badan. Kalau saya rasa mental dan kesihatan okey, tak perlulah nak ubah apa-apa macam suntik dan sebagainya. Yang penting saya sihat," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.127066 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top