CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Pempengaruh Media Sosial Bukan Penyibuk," -Sharifah Amani

19-9-2023 04:08 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4856| Komen: 7

Sharifah Amani tidak melihat pembabitan golongan pempengaruh media sosial dalam dunia hiburan sebagai satu bentuk ancaman.

“Saya okey sahaja sebab rezeki masing-masing. Setiap zaman ada ‘celebrity culture’ mereka. Namun bagi saya, untuk terus kekal berada dalam industri perlu diterapkan bersama adalah kesungguhan dan disiplin yang tinggi.


Foto: IG

“Bagi saya kalau hendak berada lama dalam industri, kita kena serius dan belajar. Kita perlu tahu apa kesusahan yang kita lalui,” ujarnya kepada Kosmo! Online.

Sepanjang pembabitannya dalam industri selama lebih daripada 20 tahun, dia melihat selebriti yang bekerja keras dan berbakat akan bertahan lebih lama.


“Saya sudah berada dalam industri lebih daripada 20 tahun. Dari dulu saya lihat, mereka yang serius dalam bekerja akan bertahan lebih lama.

“Mereka yang tidak bersungguh atau tidak bagus, akan hilang. Dari dulu sampai sekarang trend akan jadi begitu,” jelasnya.



Pada masa sama, pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-19 menerusi filem Gubra itu berharap agar penggiat seni tidak melupakan bakat-bakat baharu daripada lepasan jurusan seni yang memiliki ilmu.

Sebagai contoh, pelajar lepasan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) misalnya mempunyai banyak bakat yang patut diketengahkan oleh pihak stesen televisyen dan wajar diberi perhatian.

Bagaimanapun, golongan tersebut sukar untuk mendapat peluang pekerjaan dalam industri seni kerana tidak diberi peluang atau dipandang.



“Industri seni kita banyak bakat-bakat yang amat berpotensi. Satu contoh dapat dilihat ialah semasa saya dipanggil untuk menjadi juri di sebuah pertandingan teater pendek di Aswara baru-baru ini.

“Saya seronok tengok ramai bakat yang hebat dan ada potensi. Tetapi, selepas itu, apa? Ke mana mereka? Ada ramai yang mengadu pada saya mereka susah nak dapat pekerjaan terutama ketika Covid-19.


“Saya benar-benar berharap, agar lebih banyak penerbit, produksi dan stesen telebisyen beri keutamaan kepada graduan-graduan ini untuk berkerja mengikut cabang seni yang dipelajari,” katanya.

Dalam pada itu, Nani yang ditemui ketika sidang media filem La Luna di Dadi Cinema di sini, semalam turut berpendapat, graduan yang mempunyai kelulusan dalam bidang seni ini akan memudahkan kerja semua pihak, kerana pengalaman dan ilmu yang mereka miliki.

“Selain bakat, mereka juga mempunyai ilmu dan pengalaman. Jadi kerja akan menjadi lebih mudah,” jelasnya. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MRO 19-9-2023 04:08 PM
Sharifah Amani tidak melihat pembabitan golongan pempengaruh media sosial dalam dunia hiburan sebagai satu bentuk ancaman.


“Saya okey sahaja sebab rezeki masing-masing. Setiap zaman ada ‘celebrity culture’ mereka. Namun bagi saya, untuk terus kekal berada dalam industri perlu diterapkan bersama adalah kesungguhan dan disiplin yang tinggi.


Foto: IG




“Bagi saya kalau hendak berada lama dalam industri, kita kena serius dan belajar. Kita perlu tahu apa kesusahan yang kita lalui,” ujarnya kepada Kosmo! Online.


Sepanjang pembabitannya dalam industri selama lebih daripada 20 tahun, dia melihat selebriti yang bekerja keras dan berbakat akan bertahan lebih lama.


[ig]https://www.instagram.com/p/Cq4pbYupPaq/?img_index=1[/ig]



“Saya sudah berada dalam industri lebih daripada 20 tahun. Dari dulu saya lihat, mereka yang serius dalam bekerja akan bertahan lebih lama.


“Mereka yang tidak bersungguh atau tidak bagus, akan hilang. Dari dulu sampai sekarang trend akan jadi begitu,” jelasnya.




[ig]https://www.instagram.com/p/CueLtxWJQhz/?img_index=3[/ig]



Pada masa sama, pemenang Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Malaysia ke-19 menerusi filem Gubra itu berharap agar penggiat seni tidak melupakan bakat-bakat baharu daripada lepasan jurusan seni yang memiliki ilmu.


Sebagai contoh, pelajar lepasan Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara) misalnya mempunyai banyak bakat yang patut diketengahkan oleh pihak stesen televisyen dan wajar diberi perhatian.


Bagaimanapun, golongan tersebut sukar untuk mendapat peluang pekerjaan dalam industri seni kerana tidak diberi peluang atau dipandang.




[ig]https://www.instagram.com/p/Cr-fl3NJF7n/?img_index=1[/ig]



“Industri seni kita banyak bakat-bakat yang amat berpotensi. Satu contoh dapat dilihat ialah semasa saya dipanggil untuk menjadi juri di sebuah pertandingan teater pendek di Aswara baru-baru ini.


“Saya seronok tengok ramai bakat yang hebat dan ada potensi. Tetapi, selepas itu, apa? Ke mana mereka? Ada ramai yang mengadu pada saya mereka susah nak dapat pekerjaan terutama ketika Covid-19.


[ig]https://www.instagram.com/p/CrdKgaHpmzf/?img_index=1[/ig]



“Saya benar-benar berharap, agar lebih banyak penerbit, produksi dan stesen telebisyen beri keutamaan kepada graduan-graduan ini untuk berkerja mengikut cabang seni yang dipelajari,” katanya.


Dalam pada itu, Nani yang ditemui ketika sidang media filem La Luna di Dadi Cinema di sini, semalam turut berpendapat, graduan yang mempunyai kelulusan dalam bidang seni ini akan memudahkan kerja semua pihak, kerana pengalaman dan ilmu yang mereka miliki.


“Selain bakat, mereka juga mempunyai ilmu dan pengalaman. Jadi kerja akan menjadi lebih mudah,” jelasnya. –CARI


Sumber: Kosmo
Quote _blackbird 19-9-2023 04:39 PM
aku tetap rengsa dengan influenza yg self entitled dan kekwat mengalahkan main stream retis. adoi lahh.. kat horizon grill tu retis2 mainstream dtg makan helok je takda kekwat, pandai order pandai bayar. yg influenza ni duit takdo sibuk nak menagih makan pree kat instagrammble approved place. choiiii
Quote Raline 19-9-2023 07:34 PM
Pempengaruh media sosial bukan penyibuk, itu rezeki mereka – Sharifah Amani
https://b.cari.com.my/forum.php? ... =5220273&extra=
Post time 19-9-2023 01:14 PM

Quote Rachel_Green 20-9-2023 07:36 AM
setuju dgn pendapat dia..tak kisah la kau datang dari bintang RTM ker, akademi fantasia ker, mentor ker, raja lawak ker, atau insta dan tiktok sekalipon. i tgk yg betul2 rajin dan berusaha sungguh2 jer yg mampu kekal dlm bidang ni. dan dibantu dgn sedikit luck.
Quote Burong_Hantuk 20-9-2023 08:11 AM
  
Quote heythere123 20-9-2023 08:39 AM
dia tak jadi masalah kalau dorang mula dari bawah. Ini tak, tiba2 dapat jadi pelakon utama padahal tak pernah berlakon pon sebelum tu. Sape je tak panas.

Memang la dorang claim tu rezeki tapi kesian la dekat pelakon lain nak kena tunggu dorang yang asyik retake je bila berlakon. Bakat takde & taknak asah pastu sibuk nak jadi leads
Quote she 20-9-2023 08:57 AM
Boleh tak jangan twist pendapat porumer
Pempengaruh kayu batu arang tak reti berlakon
Muka keras suara mono
Haruslah dikritik

Takkan penonton nak kena pura2 puji
Jangan manipulate bidang lakonan

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.086276 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top