CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Hiburan Tempatan Lihat artikel

Sarimah Ibrahim Tampil Komen Isu 'Insecure' Dengan Diri

19-9-2023 03:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1564| Komen: 1

Description: Hangat diperkatakan di media sosial mengenai kenyataan salah seorang peserta uji bakat program realiti yang mengakui 'insecure' dengan paras rupanya yang kelihatan Melayu sedangkan dia berdarah kacuka ...
Hangat diperkatakan di media sosial mengenai kenyataan salah seorang peserta uji bakat program realiti yang mengakui 'insecure' dengan paras rupanya yang kelihatan Melayu sedangkan dia berdarah kacukan.


Tidak hanya meraih perhatian daripada umum, ia juga menarik perhatian Che Puan Sarimah Ibrahim untuk mengulask perkara tersebut.


Menerusi ciapan di X (Twitter), Sarimah mengatakan dia bersyukur dengan namanya yang tradisional yang membantu dirinya bangkit dan kekal dalam industri seni.

“Salah satu aset utama saya dikurniakan dan bersyukur dengan adalah nama saya yang Melayu Tradisional. Nama yang dulu ramai kata tak ‘in’ sebab terlalu ‘old skool’.

"But you know what? Nama saya inilah yang membantu saya bangun dan kekal dalam industri kita. 

"Dan Alhamdulillah saya masuk sekolah kebangsaan bile membesar, so i learnt fluent Bahasa Malaysia," ciapnya


Tambahnya lagi, pelakon berdarah kacukan Melayu-Irish ini turut menitipkan pesanan buat orang ramai untuk berhenti membandikan diri sendiri dengan orang lain dan sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.


“Kenapa kita nak rasa insecure. Allah dah bagi penglihatan, pendengaran, kesihatan. Mungkin kita boleh berhenti membandingkan diri kita dengan orang lain. 

"Ingatlah bahawa kehidupan anda merupakan kehidupan impian orang lain.

Bersyukur. Dengan apa yang kita ada. Nama, rupa, Alhamdulillah. Tak payah nak jadi orang lain. You are the best you,” tulis Sarimah lagi.


Sumber: Murai

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sangbara2020 19-9-2023 04:08 PM
tutip tacang....iolls xske dia nih bila bercakap laju....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

23-9-2023 02:41 AM GMT+8 , Processed in 0.176235 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top