“Kepada yang caci, maki dan tuduh kita bayar Mondy untuk reka cerita, Cap nak kau orang ‘screenshot’ (tangkap layar) komen-komen kau orang. Bingkai dan letak tepi ruang solat. “Insya-Allah satu hari nanti bila mangsa-mangsa dapat keadilan, kau orang boleh baca balik komen masing-masing dan fikir balik nak jawab apa dekat Tuhan,” tulis Caprice di Instagram.
Walaupun ada pihak yang mengecam, namun ada yang bersetuju dengan tindakan Caprice membuat pendedahan berkaitan. “Tak kena kat keluarga sendiri, kalau dah kena baru tahu. Banyak lagi orang tak tahu kes kat luar, memang banyak,” komen Adillasyarial. “Insya-Allah dalam isu ni saya sokong awak selagi bersandarkan haq dan setakat ini tiada siapa pun berani. Semoga Allah beri awak kekuatan sampai akhir hayat, jauhkan daripada ujian riak dan sentiasa bagi awak jelas apa yang betul dan batil,” sokong Farrahadeeba.
Namun dalam masa sama, Caprice juga diminta untuk tidak mencampuri urusan orang lain dan hanya fokus kepada keluarganya sahaja. “Sudahlah Cap. Tak payah masuk campur hal orang. Biar polis yang selesaikan hal-hal macam ni. Awak tu ada keluarga, anak bini lebih baik jaga betul-betul, didik dan bimbing dia orang sebaik mungkin,” saran Ameera_empire. “Kalau betul dia salah sekali pun, kenapa perlu aibkan Cap? Kalau orang lain kacau hidup awak, apa awak rasa? Macam ni ke Islam ajar? Kalau betul peribadi tak payah post bagai, kau tak ada kerja lain ke?,” tanya Mr_akmal30.-CARI Sumber: Kosmo
|
PuanSufi replied at 19-9-2023 10:35 AM
aku betul2 nak folow rapat kes nii. dedua aku xcaya. eh tetiga aku xcaya,
ADVERTISEMENT