CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Kami Tetap Merayakan Hari Natal, Aidilfitri," -Dah 7 Tahun Kahwin, Iedil Masih Menyesuaikan Diri Dengan Adat Budaya Isteri

19-9-2023 03:46 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3840| Komen: 32

Walaupun dah 7 tahun kahwin, Iedil Dzuhrie Alaudin masih menyesuaikan diri dengan adat budaya isterinya Prisia Nasution yang berasal dari Indonesia.

Iedil, 39, berkata Prisia memiliki susur galur keluarga yang unik dan berbeza agama.


Foto: IG

Justeru, dia sendiri turut serta merayakan Hari Natal selain Aidilfitri sebagaimana isterinya.

"Saya memang kena sesuaikan diri dengan kebudayaan di sana. Kalau keluarga isteri saya kan agak unik. Dia setengah suku Batak dan setengah orang Jawa. Jadi, hal itu sangat baharu untuk saya.

"Ada beberapa adat yang saya kena faham, jadi menantu untuk keluarga Batak itu macam mana, Jawa macam mana. Keluarga isteri saya asal usulnya Kristian. Tapi sebelah ibunya Islam. Jadi, dia masuk Islam.



"Tapi kami tetap merayakan Hari Natal, Aidilfitri. Bagi saya itu adalah keragaman yang menarik, jarang di Malaysia. Kalau berdoa pun, boleh doa kedua-duanya. Itulah antara kebudayaan yang saya perlu pelajari di sana," katanya kepada Harian Metro.

Pelakon filem Malbatt: Misi Bakara itu juga mengakui dia dan Prisia masih berharap akan dikurniakan cahaya mata apalagi usia pun semakin lanjut.



"Kami memang tidak merancang pun. Kalau ada, adalah. Tapi sekarang pun memandangkan kami masing-masing pun sibuk, dia (isteri) pun sedang belajar jadi pengarah.

"Doa-doakanlah kalau bukan tahun ini, tahun depanlah. Sebab umur pun semakin bertambah. Kami memang jenis yang santai.


"Sepanjang pandemik pun kami sempat berpisah sembilan bulan sebab saya (tersekat) di Malaysia. Bila balik ke Indonesia semula, rasa macam baru mula bercinta," katanya.

Iedil sebelum ini menggunakan nama komersial Iedil Putra sebelum menukarnya kepada nama sekarang pada September 2019. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote FOTHER-MUCKER 19-9-2023 03:53 PM
Ok lah tu Islam tidak mengharamkan berkahwin dengan ahli kitab.
Quote darkness 19-9-2023 03:56 PM
Tak perlu praktikkan ni di malaysia. Jangan nak bangga kawen campur.
Quote Skuau 19-9-2023 03:59 PM
darkness replied at 19-9-2023 03:56 PM
Tak perlu praktikkan ni di malaysia. Jangan nak bangga kawen campur.

eh kena la bangga....tau...yg pertama kt Msia..ko x bangga ke???
Quote hanihan16 19-9-2023 04:03 PM
darkness replied at 19-9-2023 03:56 PM
Tak perlu praktikkan ni di malaysia. Jangan nak bangga kawen campur.

tapi bini dia islam jugak kan? family bini dia je yang bercampur2
Quote salimrock 19-9-2023 04:04 PM
teringat member gua, ex gf kristian indon.

abg kamu bersumpah atas nama yesus yg abg tidak pernah selingkuh dgn perempuan lain:

abg : eh jgn la libat kan yesus dlm perkara ni,

Quote darkness 19-9-2023 04:04 PM
Skuau replied at 19-9-2023 03:59 PM
eh kena la bangga....tau...yg pertama kt Msia..ko x bangga ke???

Indon je yg bangga.
Quote darkness 19-9-2023 04:08 PM
hanihan16 replied at 19-9-2023 04:03 PM
tapi bini dia islam jugak kan? family bini dia je yang bercampur2

Sorry, walau dia islam dia siap mention

"Tapi kami tetap merayakan Hari Natal, Aidilfitri. Bagi saya itu adalah keragaman yang menarik, jarang di Malaysia. Kalau berdoa pun, boleh doa kedua-duanya. Itulah antara kebudayaan yang saya perlu pelajari di sana," katanya kepada Harian Metro."

Dia doa yesus dia aku tak kisah tp mencampuradukkan yesus dan Allah dalam masa yg sama mengaku islam tu takyahlah bangga.
Quote nutcrack8 19-9-2023 04:15 PM
Bininye tu kire ahli kitab ke? Setau aku ahli kitab da xde.. ke cane. Cer komen
Quote Friska 19-9-2023 04:27 PM
Ikatan ulos mangiringnya ndak benar bang, bisa diperbaiki lagi. Kepanjangan itu.



[youtube]sh5SO_gFZSA[/youtube]
Quote Skuau 19-9-2023 04:36 PM
indon 21-0 msia.
        
Quote FlexyFox 19-9-2023 08:47 PM
Cantiknya pakaian yg dipakai masa sambutan hari kemerdekaan tu. I suuukaaaa sangat. Cantik. Kedua pemakaipun segak bergaya.
Quote clueless_gamer 19-9-2023 09:09 PM
nutcrack8: Bininye tu kire ahli kitab ke? Setau aku ahli kitab da xde.. ke cane. Cer komen


Ahli kitab tu kalau keturunan asal dia tak putus dari zaman nabi dulu, contoh kristian qibti mesir, jenis kristian sblm zaman nabi lagi.. sbb tu sorang pendeta diorang pernah jumpa nabi masa kecik dulu kalau ikutkan sirah nabi.. so skrg ni, diorang mmg kristian tapi tak bole panggil nama ahli kitablah sbb tak cukup syarat - bukan keturunan asal.. skrg ni ade je artis mengaku islam, tp bela anjing dlm rumah.. anjing ni buat guarding je, letak dkt luar rumah bukan bawak masuk tido dlm selimut sekali..

bab kahwin campur ni pun sebenarnya dah tentu salah.. takde pun dlm peraturan indonesia, cuma sbb takde penguatkuasaan jelah.. dkt sana semua agama dianggap sama, takde agama persekutuan mcm kita ni
[youtube]wb7AQayE7FA[/youtube]

Ustaz Zakir pun pelik dengan diorang ni.. fahaman lain dari org lain
https://www.youtube.com/watch?v=wb7AQayE7FA&ab_channel=LampuIslam
Quote FlexyFox 19-9-2023 09:11 PM
nutcrack8 replied at 19-9-2023 04:15 PM
Bininye tu kire ahli kitab ke? Setau aku ahli kitab da xde.. ke cane. Cer komen

Yg I dengar penjelasan beberapa ustaz/ulama. Masih boleh kahwin dengan ahli kitab di zaman sekarang ini. Atas alasan walaupun kitab2 mereka sudah byk berubah dari yg asal diturunkan Allah, tetapi, mengikut sejarah, dari zaman Rasulullah dan sebelum kelahiran baginda serta sewaktu datangnya  Islam dan turunnya al Quran, perubahan2 dlm kitab2 terdahulu ni sudahpun, dan ada berlaku. Maknanya, kalau Tuhan larang kawin, tentulah Dia tak benarkan bila turun syariat baru kpd Nabi Muhammad. Nabi Muhammad pun ada kawin dgn Yahudi dan Nasrani juga.
Jadi, bolehlah bagi lelaki Islam kawin dgn mereka, tetapi anak2 yg bakal dilahirkan hendaklah dididik dgn cara Islam. Kawin tu pun seeloknya dengan harapan agar si suami dapat memperbetul kepercayaan isterinya dan mendidik isterinya ke arah  agama Islam. Janganlah pula si suami tu pula terikut kepercayaan isterinya.  Pada pandangan I pula, kalau boleh tu, biarlah sesama Islam, senang, tapi kalau mau juga, tak menjadi dosa, perkahwinan tetap sah, cuma banyak dugaanlah, buat menyusah jer. Bayangkan anak2 ni lebih byk dengan ibu. Kalau ibu duk bertuhankan Jesus, faham2 sendirilah masalahnya. Buat apa nak cari masalah kan...

Quote FlexyFox 19-9-2023 09:15 PM
clueless_gamer replied at 19-9-2023 09:09 PM
Ahli kitab tu kalau keturunan asal dia tak putus dari zaman nabi dulu, contoh kristian qibti mesir ...

Ada juga I dengar pendapat yg sebegini. Apapun, kita pakat2 jaga keluarga kita agar kawin sesama Islam. Itu yg terbaik dan lebih mudah.
Quote TomyamPuteh 19-9-2023 09:17 PM
Muka dia mmg xde Nur lgsg.Kering je.
Quote FlexyFox 19-9-2023 09:23 PM
Edited by FlexyFox at 19-9-2023 09:40 PM

Lelaki Muslim di atas tu kata dia dia tetap merayakan Hari Natal dan Aidil Fitri. Mungkin bukan maksud  dia merayakan  dlm erti kata 'religious celebration', hanya sekadar bersama keluarga Kristian pada hari perayaan mereka. Perkara biasa org yg kawin campur bersama2 berhimpun pada hari kebesaran ahli keluarga mereka merapatkan silaturrahim gitu. Cuma aturan ayat dia la kut...ayatnya misleading.
Tapi yg disebut sama2 doa dalam dua2 agama tu, bunyi pelek la juga. Dia silap atur ayat atau memang dia suka dapat berdoa dlm kedua2 agama... hanya dia yg tahu.

note. I edit for spelling.. dan sedikit tambahan.
Quote ChildrenOfBodom 19-9-2023 09:23 PM
Nasution, adik beradik puddin pokka aka narututuh shipuden
Quote FOTHER-MUCKER 19-9-2023 09:26 PM
Edited by FOTHER-MUCKER at 19-9-2023 05:29 AM
nutcrack8 replied at 19-9-2023 12:15 AM
Bininye tu kire ahli kitab ke? Setau aku ahli kitab da xde.. ke cane. Cer komen


Yes walaupun penganut agama christian sekarsng ni masih dipanggil ahli kitab.dan boleh lelaki Islam berkahwin dengan mereka.

Yang mengharamkan tu lebai melayu je. Quran tidak mengharamkan malah sembelihan mereka pun orang Islam boleh makan.
Quote eely_shana 20-9-2023 02:02 AM
Ikut suka korg lah

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.059900 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top