Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun terpaksa dibedah selepas bertindak memasukkan kabel elektrik dalam zakarnya untuk mencapai kepuasan seksual. Health Detik melaporkan, remaja dari Sri Lanka itu mengalami kesakitan melampau sewaktu kencing akibat memasukkan wayar berkenaan terlalu dalam.
Selepas menahan kesakitan selama sembilan hari, remaja itu pergi ke sebuah hospital untuk mendapatkan rawatan. Doktor akhirnya terpaksa membuang wayar itu melalui proses pembedahan kerana terlalu dalam sehingga ke pundi kencing. Remaja itu mendedahkan bahawa dia kerap beronani menggunakan wayar sejak dua tahun lalu, kira-kira tiga kali sehari. -CARI Sumber: Health Detik
|
ADVERTISEMENT