CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Semasa Lihat artikel

Mondy Ucap Selamat Datang Bulan Kelahiran Nabi Pun Kena Kecam

19-9-2023 01:23 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2858| Komen: 3

Description: Mondy Tatto, ibu tunggal yang pernah dibantu penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew dihujani kecaman selepas membuat ucapan selamat datang bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.Perkongsian Mondy yang tidak mend ...
Mondy Tatto, ibu tunggal yang pernah dibantu penceramah bebas, Ustaz Ebit Lew dihujani kecaman selepas membuat ucapan selamat datang bulan kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Perkongsian Mondy yang tidak mendapat respons  sepatutnya di TikTok itu dipercayai ekoran pendedahannya menerusi podcast kendalian penyanyi rap, Caprice mengenai pendakwah bebas, Ebit Lew.



Mondy ucap selamat datang bulan kelahiran Nabi tetapi menerima kata-kata sinis orang ramai

Ebit kemudiannya dilaporkan tampil membuat laporan polis berhubung pendedahan terbabit yang disifatkan sebagai fitnah terhadap dirinya di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang Jaya, Selangor, pagi tadi.

“Selamat datang bulan kelahiran manusia termulia sang pemberi syafaat untuk umatnya,” tulis Mondy pada hantaran tersebut.

Rata-rata orang ramai mengingatkan Mondy mengenai laporan polis yang dibuat Ebit dan berkata bahawa kebenaran akan terbukti nanti.


“Laporan polis sudah dibuat, tunggu masa saja. Semoga dipermudahkan urusan,” ujar SweetCoffee.

“Kita tunggu Mondy Ustaz Ebit dah sampai Malaysia, kebenaran akan terbukti,” tegas seorang pengguna.

“Selamat kembali Mondy ke Malaysia. Kita tengok siapa menang kes,” komen Wanie.

“Yang berkopiah pun aku was-was ni kan pula bertato,” kata Raff90. 


Sumber: KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kemaruk 19-9-2023 01:30 PM
Jangan lah kita kutuk orang lain hanya kerana dosa yang dia buat berbeza dengan dosa yang kita buat
Quote KamikuP 19-9-2023 02:14 PM
Kita tak tau masalah yg mereka hadapi - enabler influenza
Quote Decaffeinated 19-9-2023 02:23 PM
“Yang berkopiah pun aku was-was ni kan pula bertato,”


Judgmental tanpa sedar. Seeloknya tak perlu judge langsung. Nobody is forcing you to trust anybody why was-was?

Lihat semua komen(3)

Kategori Berkaitan


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-9-2023 07:15 AM GMT+8 , Processed in 0.064391 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top