Min Yasmin selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Sabtu, 16 September lalu pada pukul 7.49 malam di Hospital Kanak-Kanak dan Wanita, Kota Kinabalu, Sabah. Bayi yang dianggarkan berusia 30 minggu kehamilan itu dilahirkan dengan berat 800 gram secara pembedahan.
Kata Min, 34, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi menyambut bayi berkenaan disebabkan dia mengalami tekanan darah tinggi. "Saya buat pemeriksaan dan mendapati bacaan tekanan darah sangat tinggi. Jadi doktor terpaksa lakukan pembedahan sebab tidak mahu beri kesan kepada bayi dalam kandungan. "Ketika itu pun, jantung bayi agak perlahan. Syukur sekarang semuanya selamat, tetapi bayi masih lagi di bawah pemantauan," katanya kepada mStar. Tambah Min, dia juga menyambut kelahiran cahaya mata pertama itu seorang diri tanpa suami di sisi. Suaminya iaitu komposer Julfekar kini berada di Filipina bagi urusan kerja. "Kami pun tak jangka akan sambut awal kelahiran ini. Suami saya ke Filipina atas urusan kerja. Selepas selamat bersalin, saya beritahu supaya dia tidak perlu terlalu segera nak pulang dan selesaikan dahulu kerja. "Bayi ini memang bayi terkejut. Masa awal kehamilan kami tidak tahu sehinggalah tempoh hamil empat bulan. Sekarang bersalin pun terkejut juga," ujarnya.
|
vanillaninja replied at 19-9-2023 12:07 PM
Siapa sheols ni ya? Is that her dalam pic tu? She looks way older kot. Tak kan 34?
ADVERTISEMENT