Min Yasmin selamat melahirkan cahaya mata lelaki pada Sabtu, 16 September lalu pada pukul 7.49 malam di Hospital Kanak-Kanak dan Wanita, Kota Kinabalu, Sabah.
Bayi yang dianggarkan berusia 30 minggu kehamilan itu dilahirkan dengan berat 800 gram secara pembedahan.
Foto: IG
Kata Min, 34, doktor terpaksa melakukan pembedahan bagi menyambut bayi berkenaan disebabkan dia mengalami tekanan darah tinggi.
"Saya buat pemeriksaan dan mendapati bacaan tekanan darah sangat tinggi. Jadi doktor terpaksa lakukan pembedahan sebab tidak mahu beri kesan kepada bayi dalam kandungan.
"Ketika itu pun, jantung bayi agak perlahan. Syukur sekarang semuanya selamat, tetapi bayi masih lagi di bawah pemantauan," katanya kepada mStar.
Tambah Min, dia juga menyambut kelahiran cahaya mata pertama itu seorang diri tanpa suami di sisi.
Suaminya iaitu komposer Julfekar kini berada di Filipina bagi urusan kerja.
"Kami pun tak jangka akan sambut awal kelahiran ini. Suami saya ke Filipina atas urusan kerja. Selepas selamat bersalin, saya beritahu supaya dia tidak perlu terlalu segera nak pulang dan selesaikan dahulu kerja.
"Bayi ini memang bayi terkejut. Masa awal kehamilan kami tidak tahu sehinggalah tempoh hamil empat bulan. Sekarang bersalin pun terkejut juga," ujarnya.
Min juga memberitahu dia dan suami masih belum sempat membeli kelengkapan bayi secukupnya memandangkan jangakaan bersalin pada November.
"Barang-barang bayi belum cukup sepenuhnya. Tetapi memandangkan sekarang masih di hospital, jadi mungkin tidak perlu banyak barang.
"Nama anak juga belum fikir. Disebabkan bayi lelaki kami akan turut letak Muhammad pada awal nama," jelasnya.
Untuk rekod Min dan Julfekar mendirikan rumah tangga pada 4 April 2014 dan ini merupakan cahaya mata pertama mereka. -CARI
She penyanyi. lebih terkenal di filipin dari di malaysia sebab she boleh nyanyi tagalog
ye dia muda tp pesen dia mmg gitu dr dulu
tak taulah sebab kawin org tua ke macam mana
Post time 19-9-2023 08:00 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ala kesian...Tak dapat pegang baby lagi, hospital yang jaga... Walau tak minat, semoga dipermudahkan urusan dan baby membesar sihat. NICU Likas tu boleh tahan horror stories dekkkkkkkkk