|
“Saya sangka puluhan jarum halus dicucukkan ke leher sudah cukup menakutkan, rupa-rupanya ada situasi lebih teruk daripada itu.” Shah Rukh Khan (SRK) dalam satu wawancara berseloroh mengakui pernah melalui momen memalukan apabila menjalani rawatan alternatif bagi meredakan masalah sakit belakang kronik suatu ketika dahulu.
Bintang Bollywood itu berkata, menjalani akupuntur pada bahagian alat sulit atau zakarnya adalah antara pengalaman tidak dapat dilupakan. Menurutnya, dia sepatutnya perlu menjalani pembedahan pada bahagian leher, tetapi pada saat akhir memilih kaedah alternatif. Ketika itu, doktor memaklumkan dia berisiko mengalami lumpuh jika tidak melakukan pembedahan dengan segera. Bimbang prosedur merisikokan kegagalan, SRK terus bertemu pakar rawatan alternatif yang memberi kesan positif selepas menjalani rawatan selama setahun.
Tambah pelakon berusia 57 tahun itu lagi, biarpun kawasan yang dicucuk jarum halus tersebut bukan pada bahagian leher, hakikatnya kesakitan dialami kini sudah reda. Sumber: Kosmo! Online
|
ADVERTISEMENT
© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy
24-2-2026 08:16 PM GMT+8 , Processed in 0.220106 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.