Seorang lelaki berusia 25 tahun mati akibat lehernya patah selepas dihempap dengan barbell seberat 100 kilogram (kg). Mangsa yang dikenali sebagai Zhang, bergelut mengangkat barbell lebih 100kg tanpa pemantauan, di gim pada kira-kira pukul 3 petang Khamis lalu.
Kejadian mengerikan itu berlaku di sebuah gim di Wuhan, China. Barbell yang beratnya kira-kira 50kg pada setiap hujung, terkena dadanya sebelum ke bahagian leher, dan seterusnya menekan kepala mangsa ke bangku. Dalam tempoh 25 saat, Zhang cuba untuk menyelamatkan diri dengan menanggalkan tali pinggang angkat berat yang dipakainya. Bagaimanapun, dia kemudian mengalami kekejangan yang teruk dan tiba-tiba sukar bernafas. Keadaan Zhang hanya disedari orang lain lebih seminit kemudian. Dua pekerja gim berlari ke arah Zhang untuk mengangkat barbell berkenaan.
Zhang dikejarkan ke hospital, namun dia kemudian disahkan meninggal dunia. Seorang wakil Kelab Kecergasan Wuhan Pafik berkata, Zhang pernah dilihat berkunjung ke gim itu. Namun, tidak dipastikan sebab Zhang mengangkat barbell 100kg tanpa pemantauan, dan polis kini menyiasat kes berkenaan. Sebelum ini, kejadian sama berlaku di Bali, Indonesia, di mana jurulatih kecergasan, Justyn Vicky, 33, meninggal dunia akibat patah leher ketika cuba mengangkat barbell hampir 210kg. - CARI Sumber: The Straits Times/ANN
|
muntahijo replied at 19-9-2023 12:58 PM
aritu nampak satu kes yang sama kat indonesia di tiktok
batu kikir replied at 19-9-2023 05:35 PM
Sukan bodoh mcm ni tak usah lah buat.
Kauorang pergi ambil parang ke, ambil cangkul ke....pergi la m ...
ADVERTISEMENT