CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saya Tak Pernah Cakap ‘Wajah Melayu’ Buruk – Nina Smith

18-9-2023 05:05 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 6939| Komen: 21

Pelakon, Nina Smith, memohon maaf jika kenyataannya berhubung raut wajahnya dalam sebuah video yang tular baru-baru ini menimbulkan salah faham dalam kalangan warganet.

Sejak berumur tujuh tahun lagi, ramai yang seolah-olah mempertikaikan kebenaran nama penuhnya, Amalina Smith, kerana wajahnya tidak kelihatan seperti kebanyakan gadis kacukan yang lain.


Nina mengakui, soalan sebegitu sangat sensitif dan secara tidak langsung kadangkala membuatnya hilang keyakinan diri.


“Sebenarnya perkara itu menjadi kerisauan ibu saya semasa mendaftarkan nama saya di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dia takut jika suatu hari nanti nama Smith itu disalah anggap.

“Namun pegawai di JPN minta untuk kekalkan nama bapa saya, Smith di dalam kad pengenalan saya kerana itu adalah asal usul keluarga saya.

“Saya tidak pernah cakap ‘kelihatan Melayu’ ialah perkara yang buruk. Saya bersyukur dengan wajah saya, banyak rezeki saya dapat. Tapi bila ada yang mempersoalkan, ia jadi sensitif seolah-olah ingin mengatakan ‘Smith’ bukanlah ayah saya,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia.


Menurut pelakon Tentang Hati Dia itu, dia faham sekiranya jawapannya menerusi satu temu ramah menimbulkan salah faham sehingga ada yang menyangka dia malu kerana dilahirkan berwajah Melayu.

“Saya tidak bermaksud begitu. Saya bangga dengan wajah saya, kalau pergi ke Amerika Syarikat, mereka sendiri akan cakap wajah seperti ini sangat cantik.

“Cuma mungkin saya tersilap memilih perkataan membuatkan ramai yang salah faham. Saya minta maaf jika jawapan saya menyinggung beberapa pihak, bukan itu niat saya,” tambahnya.


Walaupun belum direzekikan untuk menjadi salah seorang peserta bagi program pencarian bakat Dewi Remaja 2023, gadis kelahiran Kuala Lumpur itu tetap memberikan lakonan terbaik sepanjang berkecimpung dalam industri lakonan.

“Sebenarnya impian saya nak masuk ke program realiti itu untuk belajar lebih banyak perkara yang tiada di dalam set sebagai persediaan menghadapi industri hiburan.

“Mungkin bukan rezeki saya. Tapi saya akan tetap memberikan komitmen yang terbaik dalam setiap lakonan dan tawaran saya selepas ini,” kongsinya.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 18-9-2023 05:14 PM
apo2 lah kak.. bukan lawa sgt pun
Quote bottompro 18-9-2023 05:15 PM
Set2 muka warga vietnam kerja dkt kilang. Tp takda org kisah dek. Janji ada bakat. Adik ada bakat x?
Quote jambatannetizen 18-9-2023 05:23 PM
Mesti dlm hati dia, mix blood bukan calang2. tapi rupa dia dapat mcm warga vietnam. Iols rasa apak dia mesti dah mix blood. Tu gen matsalleh takde.
Quote bambimo 18-9-2023 05:40 PM
apo2 la dik
hikmah nya ko dh terkenal dik even belum masuk pun dlm list peserta hehehe
Quote prince_marhaen 18-9-2023 05:54 PM
yenna joblleng tersenyum sinis...
Quote scarflicious 18-9-2023 05:56 PM
Melayu hbs dik muka kau...
Quote Buritan 18-9-2023 05:57 PM
cikatilia replied at 18-9-2023 05:14 PM
apo2 lah kak.. bukan lawa sgt pun

Mcm muka bella astilah je
Quote September14 18-9-2023 06:02 PM
Cantik jgk dlm ig sendiri tp bila dlm tv dgn alif aziz tu beshe2 je nampak tua… muka iras pnynyi dulu2 yusni hamid
Quote Manusiabesa 18-9-2023 06:04 PM
Lantak hg la puki basi oi...memekak je la minah ni. Saper nk bg limelight kt dia tohhh??? Dh la muka mcm bella stelah. Kiranya lebel dakdak borneo, tp bengang muka jawa. Hahah bodoh xsimpan besok. Ke klu bodoh tu guna hrini pun xpe sbb besok ada lagi. Byk btul bodoh dia. Klu lawa mcm sepia, tp sondol, ok juga sbb 1st sbb mmg lawa pastu blajor pndai. Pastu dia xdek la nk kuar stetment tunjuk aib diri gini... done i am being select.
Quote BoongaKertas 19-9-2023 08:09 AM
dik, xyah nak ada mix blood. ramai jer muka melayu lawo. fazura and erra fazira sbg contohnya. tokti (di waktu muda) lawa giler kot. xyah nak mix blood sgt lah sis.
Quote Diamondmoney 19-9-2023 08:17 AM
BoongaKertas replied at 19-9-2023 08:09 AM
dik, xyah nak ada mix blood. ramai jer muka melayu lawo. fazura and erra fazira sbg contohnya. tokti ...

Letak tokti masa muda sblh bdk ni pun terpelanting jauh dah kan
Quote Robitadotcom 19-9-2023 09:24 AM
mmg la wajah melayu tk burukkk. yg buruk itu enko bukan wajah melayu. jgn sedap nk salahkan melayu. cuba tnjuk muka mak bapak ko. dh ready nk judge ni. mesti pekat muka vietnam belah mak dia
Quote virgo19 19-9-2023 09:31 AM
Mata dia ada la nampak jugak mata omputih. Tapi senyuman dia senyuman melayu
Quote Realpeople17 19-9-2023 09:36 AM
Nsib baik la apak ko omputeh. Wpun tak dpt sgt rupa omputeh tetap jd rupa melayu. Kalo mak ko kawin ngan african, mmg rupa ko akn african abis. Skit muka melayu pun takkan dpt. Gene african ni lg la conquer abis. Jgn kang dok ratib nk ada muka melayu sbb kalo muka ko amik gene african lg la kene ejek.
Quote marchikobonzo 19-9-2023 09:51 AM
Malu sangat ke ngaku muka melayu?
Quote pembacagosip 19-9-2023 10:02 AM
org kita bangga betul muka mix
Quote dewi_rina 19-9-2023 10:12 AM
Muka Melayu asli takde mix lagi lawo dari ko nok, yg fefeeling mix paki tu biasa perasan letop. Hujung-hujung sado lebar macam peti ais, terpaksa sedapkan hati gemok is awesome! Janji selfie nampak hidung mancung, sampai tang body crop
Quote mizruncing 19-9-2023 10:21 AM
at least okay laa ayat dia coverline tu boleh diterima lagi. takde la makin dikecam makin bimbo
Quote Mary_jane 19-9-2023 10:38 AM
Nak cermin tak sis?

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 10:57 PM GMT+8 , Processed in 0.104831 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top