Penyanyi Dayang Nurfaizah memberitahu dia tidak terasa hati walaupun kerap diajukan soalan mengenai jodoh. Meskipun mempunyai keinginan untuk menamatkan zaman bujang, Dayang atau Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 42, berkata rezeki itu masih belum berpihak kepadanya.
Justeru itu, dia memohon agar peminat mendoakan semoga cepat dipertemukan jodoh. “Saya daripada umur 18 tahun pun orang selalu bertanya mengenai isu bila nak kahwin ni dan sampai sekarang pun orang masih bertanya pada saya soalan yang sama. “Nak cakap mengenai jodoh ni pun saya susah sebab kadang-kadang ia ada depan mata, kena tengok juga sebab kerja macam saya ni perlu cari seseorang yang memahami serta keserasian itu yang penting... Dayang tak pernah letakkan syarat tertentu kalau bab jodoh ni. “Saya tak pernah terasa pun dan doakan yang terbaik untuk saya semoga cepat dipertemukan jodoh okay amin,” katanya kepada mStar.
Sumber: mStar
|
sayurmayur88 replied at 19-9-2023 07:29 AM
semoga dipermudahkan. jalan cerita manusia lain2.
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet
23-9-2023 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.076304 second(s), 34 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.