Isteri Shuib, Watie memberitahu dia pernah mendapat tawaran untuk berlakon dari syarikat Zeel Productions baru-baru ini. Namun hasrat tersebut terpaksa dilupakan atas permintaan suami sendiri.
"Ada tawaran berlakon bersama Talita (anak Shuib). Tetapi awal-awal lagi dah ditolak oleh suami. Mereka dah berikan skrip, tetapi saya terpaksa tolak. "Shuib kata kalau buat review atau iklan boleh, tetapi tidak untuk sebarang program televisyen," katanya kepada mStar.
Tambah Watie, anak tirinya iaitu Zhaira Talita Zahra, 9, juga memasang impian untuk beraksi di hadapan kamera. Meskipun pihak produksi bersetuju mengikut jadual namun Shuib menasihati supaya tidak menerima kerana tahu akan beban masa serta tenaga di lokasi.
"Talita memang nak sangat berlakon. Tetapi suami tak mahu biasa anak dengan dunia berlakon. "Dia tahu bagaimana sibuknya menjadi seorang pelakon dengan jadual di lokasi. Walau produksi setuju ikut jadual Talita, ayahnya tetap berkata tidak," ujarnya.
Sementara itu Watie juga memberitahu dia kini semakin membiasakan diri menjadi perhatian ramai selepas bernikah dengan Shuib atau Shahmira Muhamad, 39, pada 24 Jun lalu. Biarpun ada segelintir yang kurang senang melihat kebahagiaan mereka, Watie percaya apa yang lebih penting baginya adalah kegembiraan suami dan anak-anak.
"Tak kisahlah jika ada yang kurang suka dengan saya. Apa yang penting suami dan anak-anak suka. Saya tak boleh nak buat semua orang suka dengan saya. "Saya pun malas nak fikir masalah lain. Lebih baik fokus kepada keluarga," ujarnya. Untuk rekod Shuib juga memiliki tiga cahaya mata lain bersama Allahyaram Siti Sarah Raisuddin iaitu Uwais Alqarni, 11, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2 tahun. -CARI Sumber: mStar
Dapatkan lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
|