Penyanyi era 1980-an, Zaiton Sameon, 67, amat memerlukan bantuan kewangan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk mengurangkan bebanan kos sara hidupnya. Zaiton berkata, dia kini dalam kesusahan dan amat memerlukan bantuan kewangan daripada JKM tetapi tidak tahu bagaimana prosedurnya dan berharap pihak JKM dapat membantu.
"Tawaran persembahan menyanyi sekarang dah tak banyak. Begitu juga perniagaan rendang yang saya buat sebelum ini, sudah lama dihentikan kerana kekangan kewangan dialami. "Saya tiada rumah, tiada harta, tiada anak, tiada ibu bapa dan tiada semuanya. Kasihan betul hidup saya," katanya yang kini tinggal menumpang di rumah anak angkatnya. Zaiton berkata, dia juga ada memohon bantuan rumah menerusi Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur tahun lalu, namun hingga kini masih tidak mendapat apa-apa jawapan daripada pihak berkenaan.
"Minta bantuan rumah pun tak dapat lagi, beginilah nasib saya. Apapun, saya hanya mampu berdoa serta berharap agar ada pihak daripada JKM dapat membantu. Tolonglah saya," katanya. Pada 14 November tahun lalu, Zaiton menerima Kad Orang Upaya (OKU) menerusi kategori OKU Fizikal: Traumatic Brain Injuries (Trauma Kecederaan Otak) daripada JKM Wilayah Persekutuan. Zaiton yang popular dengan lagu Menaruh Harapan pernah mengalami kemalangan jalan raya di Batang Kali, Selangor pada 1990 yang mengakibatkan anak tunggalnya, Azirwan Abu Bakar yang ketika itu berusia 13 tahun meninggal dunia. Penyanyi yang merangkul juara Anugerah Juara Lagu (AJL) 1987 ini turut parah di bahagian kepala hingga menyebabkan dia hilang ingatan sementara. Sumber: Harian Metro |
airmineral replied at 17-9-2023 05:08 PM
kesiannya, betul² tiada harta
anak yg ada tlh meninggal pula
jiran² xde sapa ke yg blh tlg acik ni ...
watymuchaz replied at 17-9-2023 05:26 PM
Kalo sebatang kara mcm ni daripada dia mintam rumah baik dia check in rumah orang tua je. Makan minu ...
ainonymous replied at 17-9-2023 05:13 PM
kalau ikut drama tv yg buat based on diri dia tu, dia mmg takde duit sebab masa zaman kaya dia jol ...
Buritan replied at 17-9-2023 05:28 PM
Duit royalti takkan takde.. kan ke penyanyi top dia ni
Buritan replied at 17-9-2023 05:27 PM
Cmn terus miskin.. duit nyanyi dulu lgsg takde kee.. satu lg dia kan org negeri . Rumah induk tuu ka ...
antiQue replied at 17-9-2023 06:03 PM
If you dah hidup zaman tu, you will know dia jadi popular sekejap aja. Dia muncul hujung2 tahun 19 ...
antiQue replied at 17-9-2023 06:03 PM
If you dah hidup zaman tu, you will know dia jadi popular sekejap aja. Dia muncul hujung2 tahun 19 ...
Orix replied at 17-9-2023 06:23 PM
iols rs better dia duduk rumah jagaan org tua under JKM je sbb sebatang kara kan
fadz84 replied at 17-9-2023 05:38 PM
Kalau ada pun berapa sen sgt.. zmn top dulu pun sempat kuar 2 album je.. tu pun bp ketul je lagu y ...
antiQue replied at 17-9-2023 06:03 PM
If you dah hidup zaman tu, you will know dia jadi popular sekejap aja. Dia muncul hujung2 tahun 19 ...
antiQue replied at 17-9-2023 06:03 PM
If you dah hidup zaman tu, you will know dia jadi popular sekejap aja. Dia muncul hujung2 tahun 19 ...
ADVERTISEMENT