Batu Pahat: Misteri kehilangan seorang lelaki sejak tiga hari lalu terjawab dengan berita sedih apabila jasadnya ditemukan hampir reput bersama motosikal dalam parit di Taman Wira Jaya dekat Parit Lapis Sempadan di sini, pagi ini.
Mayat Nazrul Azis, 21, ditemukan seorang penduduk, Suffiyan Mohamad, 27, ketika melalui kawasan terbabit sebelum melihat objek terapung. Menurut kembar si mati, Fazrul, adiknya dikatakan keluar rumah sejak Khamis lalu dan gagal dihubungi. "Selama tiga hari kami mencari merata-rata malah mesej dihantar menerusi WhatsApp tidak berbalas. Kami ada menghubungi rakan bertanyakan keberadaannya tapi malangnya semua tidak mengetahuinya. "Sehingga sekitar jam 11.45 pagi tadi, kami mendapat panggilan mengenai penemuan mayat berserta motosikal dalam parit itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya, dalam tempoh kehilangannya, dia berasa tidak sedap hati kerana bimbang akan sesuatu kejadian berlaku ke atasnya kerana Nazrul menghidap sawan. Sementara itu, Sufiyyan berkata, dia curiga dengan objek yang dilihatnya dalam parit berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari Rengit. "Saya terus memberhentikan kereta dan melihat mayat sudah reput terapung. Pada mulanya, saya menyangka ada orang terjatuh dan meminta pertolongan. "Apabila mendekatinya, saya terkejut apabila mendapati objek itu adalah mayat hampir reput dan dalam masa sama sedang dimakan seekor biawak. "Saya terus menghubungi polis. Ketika proses mengangkat mayat, bomba juga menemui sebuah motosikal jenis Yahama LC dalam parit itu. "Menjadi kebiasaan bagi saya apabila melintasi parit, saya akan melihat airnya. Lagipun, saya memang kaki pancing dan kebetulan hari ini, saya ternampak mayat," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 11.30 pagi mengenai penemuan mayat terbabit. Beliau berkata, mayat ditemukan dengan lengkap berpakaian dalam keadaan terlentang. Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam tiba di lokasi untuk membantu mengeluarkan mayat dari parit. "Bomba juga berjaya mengeluarkan sebuah motosikal dan topi keledar yang dijumpai berhampiran simati dalam parit. "Berdasarkan keadaan mayat ditemui, lelaki itu dipercayai meninggal dunia lebih daripada sehari," katanya. Sumber: Harian Metro
|
Lavender_Violet replied at 18-9-2023 10:26 AM
Kebelakangan ni macam ramai yang meninggal tak disedari oleh family. Tau2, jumpa dlm parit/longkang/ ...
ipes2 replied at 17-9-2023 07:49 PM
Inalillahi
supernaturalee replied at 18-9-2023 11:53 AM
kannn
ni mcm kes ke 2 tahun ni
supernaturalee replied at 18-9-2023 11:54 AM
elok2 bawak kete/moto pun blh kena epilepsi ke dr.
lanacondor replied at 17-9-2023 09:49 PM
Takut kene sawan smpi eksiden.. Salam takziah...Ya Allah rahmati la si mati, ampunila segala dosa2 n ...
ipes2 replied at 19-9-2023 06:39 AM
ye super, boleh.
sebab itu jika seseorang itu kene sawan walaupun sekali, dia tidak lagi boleh mem ...
ADVERTISEMENT