View: 5951|Reply: 28
|
3 Hari Hilang, Lelaki Ditemukan Hampir Reput Dalam Parit
[Copy link]
|
|
Batu Pahat: Misteri kehilangan seorang lelaki sejak tiga hari lalu terjawab dengan berita sedih apabila jasadnya ditemukan hampir reput bersama motosikal dalam parit di Taman Wira Jaya dekat Parit Lapis Sempadan di sini, pagi ini.
Mayat Nazrul Azis, 21, ditemukan seorang penduduk, Suffiyan Mohamad, 27, ketika melalui kawasan terbabit sebelum melihat objek terapung.
Menurut kembar si mati, Fazrul, adiknya dikatakan keluar rumah sejak Khamis lalu dan gagal dihubungi.
Anggota polis memeriksa motosikal mangsa yang ditemukan dalam Parit Lapis Sempadan. FOTO Alias Abd Rani
"Selama tiga hari kami mencari merata-rata malah mesej dihantar menerusi WhatsApp tidak berbalas. Kami ada menghubungi rakan bertanyakan keberadaannya tapi malangnya semua tidak mengetahuinya.
"Sehingga sekitar jam 11.45 pagi tadi, kami mendapat panggilan mengenai penemuan mayat berserta motosikal dalam parit itu," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Katanya, dalam tempoh kehilangannya, dia berasa tidak sedap hati kerana bimbang akan sesuatu kejadian berlaku ke atasnya kerana Nazrul menghidap sawan.
Sementara itu, Sufiyyan berkata, dia curiga dengan objek yang dilihatnya dalam parit berkenaan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari Rengit.
"Saya terus memberhentikan kereta dan melihat mayat sudah reput terapung. Pada mulanya, saya menyangka ada orang terjatuh dan meminta pertolongan.
"Apabila mendekatinya, saya terkejut apabila mendapati objek itu adalah mayat hampir reput dan dalam masa sama sedang dimakan seekor biawak.
"Saya terus menghubungi polis. Ketika proses mengangkat mayat, bomba juga menemui sebuah motosikal jenis Yahama LC dalam parit itu.
"Menjadi kebiasaan bagi saya apabila melintasi parit, saya akan melihat airnya. Lagipun, saya memang kaki pancing dan kebetulan hari ini, saya ternampak mayat," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata pihaknya menerima panggilan orang awam pada jam 11.30 pagi mengenai penemuan mayat terbabit.
Beliau berkata, mayat ditemukan dengan lengkap berpakaian dalam keadaan terlentang.
Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyelamat Ayer Hitam tiba di lokasi untuk membantu mengeluarkan mayat dari parit.
"Bomba juga berjaya mengeluarkan sebuah motosikal dan topi keledar yang dijumpai berhampiran simati dalam parit.
"Berdasarkan keadaan mayat ditemui, lelaki itu dipercayai meninggal dunia lebih daripada sehari," katanya.
Sumber: Harian Metro |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Eksiden ke hape? Innalillah. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga keluarga arwah bertabah dgn ujian dariNYA dan didoakan buat arwah semoga diampuni dosa2 dengan rahmat dan kasih sayangNYA. Amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Takut kene sawan smpi eksiden.. Salam takziah...Ya Allah rahmati la si mati, ampunila segala dosa2 nya..Dan tempatkn di kalangan org beriman.. Aamiiin |
|
|
|
|
|
|
|
Mayat keberapa dah ni dari tempoh Januari-September tuan2 puan2? |
|
|
|
|
|
|
|
Agaknya masih memancing di situ tak? |
|
|
|
|
|
|
|
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّآ إِلَيْهِ رَٰجِعُونَ |
|
|
|
|
|
|
|
Helmet tercabut.
Orang sawan ni dalam rumah pun boleh jatuh mati (eg anak john travolta kalau x silap)
Takziah untuk keluarga. Innalillahi...
|
|
|
|
|
|
|
|
bahaya juga sawan ni kan
takziah |
|
|
|
|
|
|
|
Kebelakangan ni macam ramai yang meninggal tak disedari oleh family. Tau2, jumpa dlm parit/longkang/sungai oleh orang awam
Sedih |
|
|
|
|
|
|
|
kannn
ni mcm kes ke 2 tahun ni
yg sblm ni eksiden kereta terbabas masuk dlm parit besar, last year klu x silap
dh berapa hari baru jumpa tu pun sbb cuaca panas, air dlm parit besar tu mula surut
klu x smpi sudah
|
|
|
|
|
|
|
|
elok2 bawak kete/moto pun blh kena epilepsi ke dr.
|
|
|
|
|
|
|
|
btw, amboi rambut polis tu
style sgt
|
|
|
|
|
|
|
|
Ad lagi 2,3 kes
Yg paling latest kes kat Sabah baru2 ni
Viral kat FB, Tik Tok org mintak cari
Wife risau laki tak balik
Dekat 3,4 hari jugak baru jumpa
Dalam longkang besar
Rasanya self accident tapi orang tak perasan
Dlm sokkabar pun biasa baca kes2 gini
Semoga baik2 aje utk semua
|
|
|
|
|
|
|
|
ye super, boleh.
sebab itu jika seseorang itu kene sawan walaupun sekali, dia tidak lagi boleh memandu selagi dia tidak tunjukkan evidence dia tidak kena sawan selama 2 tahun dan dia continue to take medications dia.
bila insurance company tahu seseorang itu kena sawan, maka serta merta insurance nya void selagi tidak ada doctor yg sign bahwa dia dibenarkan memandu kembali. baru jap tadi masa oncall sy beritahu probation officer ini bahawa kemungkinan dia kena sawan dan kami tidak akan benarkan dia memandu 2 tahun jika test2 buktikan
|
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor replied at 17-9-2023 09:49 PM
Takut kene sawan smpi eksiden.. Salam takziah...Ya Allah rahmati la si mati, ampunila segala dosa2 n ...
Macam Kes anak jiran ai. Pergi lepak malam pastu balik tapi tak sampai rumah. Tanya kekawan tak tahu sekali rupanya terjatuh kat longkang . Arwah bawah moto. Kebetulan hujan malam tu. Punca dari sawan.
Salam takziah buat family arwah |
|
|
|
|
|
|
|
owh macam tu
so dlm tempoh 2 tahun tu hosp akn keluarkan report condition dia lh ye
mcm jpj pulak dorg tgk insuran je kot ye
|
|
|
|
|
|
|
| |
|