CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

'Cincin Di Jari Manis Hanya Aksesori Biasa' - Nabila Razali

16-9-2023 11:58 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 12130| Komen: 7

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menafikan spekulasi umum yang beranggapan cincin yang tersarung di jarinya adalah cincin tanda tunang.

Nabila dalam satu temu bual menjelaskan, cincin tersebut hanyalah aksesori biasa.



"Saya memang suka pakai aksesori, tak perlu ia menjadi tanda tanya mengenai status tunang," katanya.

Enggan mengulas mengenai berita pertunangannya, kata Nabila, dia selesa untuk tidak memberikan sebarang kenyataan demi menghormati kedua-dua belah pihak.

Dalam pada itu, kata Nabila, dia mengambil langkah berdiam diri walaupun menerima banyak pertanyaan namun perkara itu tidak menjejaskan karier seninya.

"Saya bukanlah orang baru dalam industri, perkara macam ni dah biasa berlaku. Saya faham, apabila ada yang bertanya itu adalah tanda mereka prihatin. Terima kasih kepada semua.

"Gosip tentang bertunang tidak menjejaskan saya. Seperti yang semua tahu, perjalanan seni saya masih diteruskan seperti biasa," katanya. 



Terdahulu, kisah pertunangan Nabila dan usahawan, Nik Iruwan Nik Izani heboh diperkatakan sejak hujung Ogos lalu. 

Meskipun diasak pertanyaan mengenai perkara itu, Nabila terus nekad mengunci mulutnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rayna_raynes 17-9-2023 12:12 AM
eloklah. takyah pukul canang sgt. dah nak kahwin nnt baru announce mcm Intan Najuwa or Mira Filzah
Quote winky1 17-9-2023 12:56 AM
Cumi cumi cumi
Quote miss_perfect 17-9-2023 07:52 AM
Tapi betul kan.... cuma nafikan yg dia pakai tu cincin tunang, tapi tak menafikan yg dia bertunang
Quote Pak.dolla 17-9-2023 08:00 AM
tak abis² pasal lelaki...
menyampah
Quote Hoola 17-9-2023 08:12 AM
Edited by Hoola at 17-9-2023 08:13 AM

hbaq je la dh btunng dh org tnya
masa nk gimmik bt mujik bideo beria ko acah pjai bj kwinnk org speku

dh org tbya tp xnak kasi tau btunam or not dgn abe nik, achik2 porum sudi mngmbil beliau sebg calon suami...
boleeeee??????!   
Quote tahanie 17-9-2023 08:38 AM
Terlalu biasa muka dia nih
Quote bedahmenjuyah 17-9-2023 08:41 AM
Baru btunang elok la tak heboh2. Dah confirm kahwin baru share.

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.034823 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top