View: 11918|Reply: 7
|
'Cincin Di Jari Manis Hanya Aksesori Biasa' - Nabila Razali
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali menafikan spekulasi umum yang beranggapan cincin yang tersarung di jarinya adalah cincin tanda tunang.
Nabila dalam satu temu bual menjelaskan, cincin tersebut hanyalah aksesori biasa.
"Saya memang suka pakai aksesori, tak perlu ia menjadi tanda tanya mengenai status tunang," katanya.
Enggan mengulas mengenai berita pertunangannya, kata Nabila, dia selesa untuk tidak memberikan sebarang kenyataan demi menghormati kedua-dua belah pihak.
Dalam pada itu, kata Nabila, dia mengambil langkah berdiam diri walaupun menerima banyak pertanyaan namun perkara itu tidak menjejaskan karier seninya.
"Saya bukanlah orang baru dalam industri, perkara macam ni dah biasa berlaku. Saya faham, apabila ada yang bertanya itu adalah tanda mereka prihatin. Terima kasih kepada semua.
"Gosip tentang bertunang tidak menjejaskan saya. Seperti yang semua tahu, perjalanan seni saya masih diteruskan seperti biasa," katanya.
Terdahulu, kisah pertunangan Nabila dan usahawan, Nik Iruwan Nik Izani heboh diperkatakan sejak hujung Ogos lalu.
Meskipun diasak pertanyaan mengenai perkara itu, Nabila terus nekad mengunci mulutnya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
eloklah. takyah pukul canang sgt. dah nak kahwin nnt baru announce mcm Intan Najuwa or Mira Filzah |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi betul kan.... cuma nafikan yg dia pakai tu cincin tunang, tapi tak menafikan yg dia bertunang |
|
|
|
|
|
|
|
tak abis² pasal lelaki...
menyampah |
|
|
|
|
|
|
|
Terlalu biasa muka dia nih |
|
|
|
|
|
|
|
Baru btunang elok la tak heboh2. Dah confirm kahwin baru share. |
|
|
|
|
|
|
| |
|