CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekalan Makin Kurang, Pengguna 'Borong' Beras Untuk Simpan

16-9-2023 07:57 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 18657| Komen: 71

Tuaran: Bukan sahaja beras tempatan tiada dalam pasaran di daerah ini sejak hampir dua minggu lalu, bekalan beras import juga semakin berkurangan menyebabkan pengguna terpaksa membeli pada harga tinggi.


Tinjauan di beberapa kedai runcit dan pasar raya di Tuaran dan Tamparuli mendapati ekoran kenaikan harga barangan itu, pengguna membuat pembelian beras pada jumlah luar jangka untuk dijadikan simpanan sehingga beberapa bulan mengelakkan harga tinggi.

Pekerja kedai runcit di Tuaran, Richard James, 41, berkata tindakan pengguna membeli beras berlebihan secara mengejut itu menyebabkan bekalan beras tempat di pasaran habis mendadak.

Gambar hiasan

"Memandangkan pembelian beras tiada had, maka kami tidak boleh halang pengguna membeli bahan pada jumlah banyak.

"Tindakan itu yang menyebabkan bekalan beras tempatan cepat habis, manakala bekalan baharu pula lewat dihantar pembekal," katanya di sini hari ini.


Peniaga di Tamparuli, Hasnah Hasan, 47, turut mengakui bekalan beras tempatan sukar diperoleh pada pasaran daerah itu sejak hampir dua minggu lalu.

"Selain itu, bekalan beras import juga semakin berkurangan apabila bekalan baharu tidak sampai," katanya.

Beliau berkata, peniaga menjual semua jenis beras sama tempatan atau import mengikut harga ditetapkan kerajaan.

"Peniaga tidak boleh meletakkan harga sewenang-wenangnya pada beras kerana bahan makanan utama itu dikawal selia harganya oleh kerajaan," katanya.

Hasnah berkata, tidak timbul perbuatan peniaga menyorok bekalan beras sehingga menyebabkan stok bahan makanan itu hampir habis di pasaran.

Dalam perkembangan berkaitan, bekalan minyak masak paket satu kilogram turut sukar diperoleh di Tuaran dan Tamparuli sejak tiga hari lalu.

Peniaga mendakwa ketiadaan bekalan minyak masak paket di pasaran itu berpunca kelewatan pembekal menghantar bekalan baharu kepada kedai.


Sumber: Harian Metro







Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 16-9-2023 08:38 PM
Time penaja pru menuai hasil..takkan nak nolong sajee saje.
Quote Firenzza 16-9-2023 09:00 PM
Belibis replied at 16-9-2023 08:38 PM
Time penaja pru menuai hasil..takkan nak nolong sajee saje.

Tokey beras sponsor nuart kah sis?
Quote Skuau 16-9-2023 10:13 PM
Orang tanam padi..kita 'tanam' klcc...
kebulur....makan la klcc tu...
Quote MissYouSayang 16-9-2023 10:17 PM
Haramjadah betol walanon. Beras pon nak songlap ke
Quote ultra78 16-9-2023 10:18 PM
Beli banyak-banyak tu,jangan pulak dibiar beras tu dimakan bubuk.
Quote Farnor 16-9-2023 10:25 PM
Nah tdk sia2 tu stock food
Quote pengecatbintang 16-9-2023 10:29 PM
Skuau replied at 16-9-2023 10:13 PM
Orang tanam padi..kita 'tanam' klcc...
kebulur....makan la klcc tu...

jika area KLCC tu x dibuat bangunan KLCC tetapi ditanam padi..

kos tanam padi di KLCC adalah tinggi kerana :

1. Harga tanah di KL

2. Buruh kata nak minimum gaji sekian2, sbb depa kata keje McD dlm aircond pon RM1,500

KLCC adalah tarikan pelancong ke KL..

berjuta manusia dr oversea mai KLCC ambik gambar

depa sewa bilik hotel, makan dll dah bagi pendapatan kat Mesia

--

kat Sabah bole tanam, area besar.

ko orang sabah kan?

ko da pi tengok blom area jelapang padi Kota Belud yg aku kabo tu hari..

penah pi Tambunan yg ada tanam padi?

penah tengok orang tanam padi di Lahad datu?

perbaiki pengairan

kos tanah n buruh di sabah lagi murah dr KL/ Selangor

bole tiru style peserta2 FELCRA tanam padi di Seberang Perak

atau di area dekat Felda New Zealand atau di Endau Rompin



Quote pengecatbintang 16-9-2023 10:33 PM
Skuau replied at 16-9-2023 10:13 PM
Orang tanam padi..kita 'tanam' klcc...
kebulur....makan la klcc tu...

ko tinggal area mana kat Sabah?

ke ko adalah Baj@u L@ut yg aku biasa nampak tinggal dlm perahu kat Lahad Datu n Semporna..

tu sbb ko mgkn tak tau pasal jelapang padi Kota Belud yg aku kabo itu hari..

Sabah ni indah...

roogi ler ko tak teroka
Quote pengecatbintang 16-9-2023 10:48 PM
Edited by pengecatbintang at 16-9-2023 10:55 PM
pengecatbintang replied at 16-9-2023 10:33 PM
ko tinggal area mana kat Sabah?

ke ko adalah Baj@u L@ut yg aku biasa nampak tinggal dlm perahu kat ...

@Skuau

ada nama tempat di Sabah nama Sukau...

ko tinggal area tu ehhh..

itu area Bong Mukhtar kan?

siap dah hiway Pan Borneo kat area tu?  

ko Suku Kaum Sungai ehh...

putih2 jugak ya cewek2 Kaum Sungai

tp Bong Mukhtar x putih pong






Quote lanacondor 16-9-2023 11:30 PM
Ya Allah seramnya... nk kiamat ke ni..? Xnk buat solat hajat ke buat Malaysia ni..
Quote zuriey 16-9-2023 11:38 PM
Aku beli beras timbang je
Mls dah nak cari
Haritu ada la jiran aku jual beras sekinchan
Sedap beras tu
Skrng dah tak de dia kata kilang dah tak de stock
Beras timbanv aku beli ni pun sedap tp mahal sikit rm4.70/kg
Quote Samerosie 17-9-2023 07:46 AM
zuriey replied at 16-9-2023 11:38 PM
Aku beli beras timbang je
Mls dah nak cari
Haritu ada la jiran aku jual beras sekinchan

Beras sekinchan tu hari tu i scrolled carousell, ada org jual chuols dia beli banyak2 lepas tu resell.  Kalau kat 99 mart tak sampai berapa jam dah habis lepas takan kembali haha
Beras timbang lagi mahal dr beras import paket.  Beras tu pun import juga?
Kalau ada kedai fama kat rumah ada beras sst 20hb katanya start jual.
Quote Supersirap 17-9-2023 09:19 AM
Payah juga jika tiada bekalan beras yang mencukupi disebabkan kenaikkan beras import
Quote snowflakes 17-9-2023 09:57 AM
Dah berapa tahun baca bersedia nak lawan dajjal takkan takat tak cukup beras nak menggelupur
Quote cmf_premierleag 17-9-2023 10:02 AM
lanacondor replied at 16-9-2023 11:30 PM
Ya Allah seramnya... nk kiamat ke ni..? Xnk buat solat hajat ke buat Malaysia ni..

Kalo ni proses nk mempercepatkan hari kiamat, akak suka je...sbb dah malas nk hidup lelama..bumi ni dh semakin tenat dgn climate change bagai lg
Quote kakikuDibibirmu 17-9-2023 10:05 AM
Dajjal suruh makan roti,  kita sibuk makan nasik, bodoh punya Melayu
Quote Samerosie 17-9-2023 10:12 AM
snowflakes replied at 17-9-2023 09:57 AM
Dah berapa tahun baca bersedia nak lawan dajjal takkan takat tak cukup beras nak menggelupur

Makan beras siam, basmathi, beras segala poni moly bagai bila naik rega mengelupur salah kan PM.  Depa menyalak kat salah PM, pi la menyalak kat PM siam dgn PM india awat naikkan rega beras depa.  Baca kat fb satu perempuan ni dok mengadu beras tempatan susah nak dpt dia meniaga nasik lemak. Ramai le bg location kedai merata kata ada rega pun sama mcm dulu. Dah tu boleh dia jawab alah jauh nak pi selayang kena bayar tol rugi la, nak pi putarajaya nak kena lalu tol...abuden pi mamp*s je la.
Quote eely_shana 17-9-2023 11:30 AM
Beras juga makin mahal
Quote _blackbird 17-9-2023 11:40 AM
nasib la bangsa aku makan pasta je... sampai laksa pon kitorg mkn dengan spegeti huhuhu

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT


Artikel Terpanas Minggu ini

ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 07:37 PM GMT+8 , Processed in 0.045500 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top