Kuala Nerus: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) mengesahkan telah menerima laporan berhubung kejadian seorang pelajar dipukul melibatkan sebuah sekolah menengah di daerah ini pada kelmarin.
Pengarah JPNT, Abdul Muie Ngah berkata, insiden yang berlaku tidak lama selepas waktu persekolahan berakhir itu dipercayai membabitkan pelajar tingkatan satu dan dua. “Guru sekolah berkenaan telah mengambil langkah segera sebaik mengetahui kejadian itu serta membawa pelajar terlibat ke sebuah klinik bagi menerima rawatan. “Pengetua sekolah tersebut juga telah berjumpa dengan keluarga pelajar berkenaan untuk mencari jalan penyelesaian,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini. Terdahulu, tular di media sosial video memaparkan seorang pelajar tingkatan satu didakwa menjadi mangsa buli dan dipukul tiga pelajar tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini.
Video sama turut mendakwa mangsa telah ditumbuk sehingga sesak nafas dan dipijak sehingga pengsan tanpa dibantu pelajar lain yang berada di situ. “JPNT akan memberi kerjasama penuh sekiranya keluarga pelajar terlibat mahu membuat laporan polis,” katanya. Sumber: Kosmo! Online |
Kentot_Wangi replied at 17-9-2023 11:01 AM
Anak kzen ak selalu gak kena buli. Dy f1, jenis bdn kecik jugak. Klu bawa balik makanan ke asrama, s ...
she replied at 17-9-2023 11:22 AM
‘Dy’ tu maksud ‘dia’ ke
Uols milenium ke gen Z?
shernazz replied at 18-9-2023 03:23 PM
Dy DX
Iols slalu belanja yang tu je dulu..
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
27-9-2023 02:10 PM GMT+8 , Processed in 0.080451 second(s), 37 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.