Taiping: Berang akibat ditegur kerana menjual cempedak goreng pada harga mahal, seorang peniaga maut dalam pergaduhan dengan pelanggan di gerai miliknya berhampiran kedai serbaneka di Assam Kumbang, di sini, Selasa lalu.
Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Razlam Ab Hamid, berkata berikutan itu, pihaknya menahan seorang lelaki tempatan berusia 40-an bagi membantu siasatan. Terdahulu, katanya, pihaknya menerima laporan berhubung pergaduhan itu pada jam 4.15 petang. "Difahamkan, kejadian berpunca daripada mangsa berusia 50-an yang juga peniaga cempedak dan pisang goreng yang menengking pelanggannya kerana menegurnya menjual terlalu mahal.
"Susulan tindakannya itu, berlaku pergaduhan membabitkan mangsa dan pelanggannya sehingga menyebabkan dia maut dipukul di lokasi kejadian. "Turut dirampas, sebuah topi keledar dan tiga batang kayu yang telah patah," katanya dihubungi. Razlam berkata, suspek didapati positif dadah morfin dan ditahan reman tujuh hari bermula hari ini hingga 19 September. Katanya, pada jam 9.45 pagi Rabu lalu, Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, mengesahkan mangsa maut akibat sakit jantung dan kecederaan tisu lembut pada badan. "Siasatan lanjut masih dilakukan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya. Terdahulu, tular mengenai pergaduhan itu di aplikasi TikTok 'Azam Aziz' yang mengatakan mangsa maut selepas pergaduhan dengan pelanggan yang dikatakan membelek pisang gorengnya dengan tangan. Bagaimanapun pihak polis menafikan perkara itu dan menyatakan pergaduhan dipercayai berpunca akibat mangsa memarahi pelanggan yang menegurnya kerana menjual cempedak goreng pada harga mahal. Sumber: BH Online |
kemaruk replied at 16-9-2023 01:08 PM
Korban kenaikan harga barang
Zaman najib tak pernah dengar pon orang berbunuh akibat harga mahal
fazzrules replied at 16-9-2023 12:19 PM
Ni cerita yg lain ke dgn yg pelanggan sentuh makanan tu..lokasi kejadian mcm tempat yg sana taiping.
honeybee1802 replied at 16-9-2023 02:14 PM
Nak murah tsnam sendiri la cempedek tu...aib baik aku tak makan cempedak...tp main belek makanan dgn ...
Triple_8 replied at 16-9-2023 02:37 PM
Andainya aku teringin makan cempedak goreng petang ini, kenalah semai biji dahulu dan siram tiap-t ...
mama_cat: cempedak mmg mahal.. beli pun ...
Rachel_Green replied at 16-9-2023 02:18 PM
Terdahulu, tular mengenai pergaduhan itu di aplikasi TikTok 'Azam Aziz' yang mengatakan mangsa mau ...
Triple_8 replied at 16-9-2023 02:37 PM
Andainya aku teringin makan cempedak goreng petang ini, kenalah semai biji dahulu dan siram tiap-t ...
ADVERTISEMENT