CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kerja Malas, Pusing Taman Perumahan Rembat Parcel Orang- Tular Video Pencuri Naik Kancil Di Telok Gadong Besar, Klang

15-9-2023 04:57 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5321| Komen: 14

PETALING JAYA – Penduduk di kawasan Telok Gadong Besar, Klang diminta berhati-hati selepas tular video kecurian bungkusan hantaran oleh dua individu menaiki kereta jenis Perodua Kancil.

Menerusi ciapan @jllmisai di aplikasi X, video rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) yang dikongsi pemilik rumah, kejadian tersebut berlaku semalam kira-kira pukul 5.26 petang.




Dalam rakaman CCTV tersebut, kereta berkenaan kelihatan bergerak perlahan sebelum memberhentikan kereta.

Kemudian, seorang individu keluar dari kereta itu dan mengambil kesemua barang yang ditinggalkan di atas tembok rumah berkenaan.



“Senang betul hidup.. Kerja malas, tapi pusing taman ‘rembat’ (curi) bungkusan orang.

“Hati-hatilah penduduk Klang terutama Teluk Gadong Besar tu, penyamun ni masih belum ditangkap,” tulisnya.

Di ruangan komen, kata mereka kegiatan mencuri bungkusan barangan mula dilakukan di Malaysia selepas ia berlaku di negara-negara luar seperti Amerika Syarikat.

“Diorang terikut-terikut dengan trend di Amerika Syarikat ni. Kat sana hampir setiap hari bungkusan barang kena curi,” ciap Norhisyam.

“Biasa tengok orang Amerika Syarikat buat perangai macam ni. Rakyat Malaysia sudah mula terikut,” ciap Bruh.

“Aku selalu suruh ‘rider’ campak je dalam pagar. Tapi selalunya diorang letak tepi lampu macam dalam video sebab tidak mahu campak dalam pagar. Haih risau jadi macam ni. Minta dijauhkan,” komen Asfa.

“Peringatan untuk siapa yang kerja hantar barang tu, pastikan letak barang dalam pagar atau tempat tersorok. Macam dalam video ini pun tuan rumah ada sediakan bakul. Letak banyak-banyak atas temboh memang mengundang untuk dicuri,” komen seorang pengguna lain. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 15-9-2023 05:01 PM
malas pebende??? orng tengh buat kerja pung...kata malas....apa daa
Quote sharlenetexas 15-9-2023 05:04 PM
Buat kerja jahat sambil bawak anak?

Quote _blackbird 15-9-2023 06:20 PM
Dengan kotak kotak skali dia kebas

Quote lanacondor 15-9-2023 08:15 PM
Mat dadah kot.. tapi nak tau kamera apa dia pakai.. clear gile siap boleh zoom
Quote liyamariska 16-9-2023 07:51 AM
teruknya perangai curi parcel org lain yg mungkin dh dibayar dulu bagai, hujung2 dicuri suka2 camtu jer...

makin lama makin ramai manusia bermasalah mental...
Quote jazaa100 16-9-2023 08:15 AM
Skuau replied at 15-9-2023 05:01 PM
malas pebende??? orng tengh buat kerja pung...kata malas....apa daa

Hahaha...ni pun keja jugak kannn
Quote kepompong 16-9-2023 09:14 AM
kata brg tiktok rm2 , singgit stgh etc macam tak baloi duit minyak dpt benda2 tkde value camtu
Quote monreyes 16-9-2023 09:29 AM
tu kekadang hangen bila shopee suka2 tukar tarikh delivery, org dah bajet time ada kat umah...nak elakkan perkara camni lah...wpun harga murah tetap ada kegunaan, else x belilah kan...apatah lagi supplement yang parcel nya nampak je kecik tapi rege beratus2...
Quote biskutraya 16-9-2023 11:06 AM
Yg curi parcel tu pn dh kenapa.. tak fikir ke benda yg die curi tu macam xde makna pn kalau jual? Kot la org tu beli ketip kuku ke, beli paper cup nk buat kuih ke.. sabun basuh jamban ke.. huhu..bukan nampak pun berharga ke tak barang dalam parcel tu..
Quote akusukaq 16-9-2023 02:49 PM
biskutraya replied at 16-9-2023 11:06 AM
Yg curi parcel tu pn dh kenapa.. tak fikir ke benda yg die curi tu macam xde makna pn kalau jual? Ko ...

Ini kira dah memang ada sejenia penyakit gian mencuri. Apa benda pun dia tak kesah janji berjaya mencuri...rasa untung sgt bila dapat benda free....kena jumpa saikastris ni..
Quote antikorok 16-9-2023 03:59 PM
Tred bakalan sendoo sbb pelaku pakai kete plet J, kalau pelaku pakai kete plet D bakalan dihencap sampai 10 pages

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.090975 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top