CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Boleh Rosak Buah Pinggang Dan Sistem Saraf, Dua Produk Kosmetik Tati Skincare Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

15-9-2023 05:02 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5753| Komen: 23

PUTRAJAYA – Boleh memudaratkan kesihatan pengguna, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan dua produk kosmetik didapati mengandungi racun berjadual.

Dua produk berkenaan adalah ‘Beaute Treatment Cream’ dikesan mengandungi racun berjadual jenis hidrokuinon, tretinoin dan betamethasone 17-valerate, manakala ‘Beaute Nite Cream’ dikesan mengandungi racun berjadual jenis merkuri dan betamethasone 17-valerate.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, NPRA menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik tersebut.

Foto: Kosmo

Jelasnya, notifikasi produk-produk kosmetik terlibat dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dipasarkan di Malaysia.

“Merkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan.


“Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang serta sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau bayi dalam kandungan.

“Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, hidrokuinon boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan meningkatkan risiko kanser kulit.

“Tretinoin boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

“Betamethasone 17-valerate menyebabkan kulit muka menjadi nipis dan mudah iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi dan meningkatkan risiko diserap ke dalam sistem peredaran darah yang memudaratkan, ujarnya.

Muhammad Radzi mengingatkan penjual dan pengedar menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik berkenaan serta-merta kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Katanya, individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

Manakala, bagi syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 bagi kesalahan berikutnya. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kakikuDibibirmu 15-9-2023 05:04 PM
Sexy naughty bitchy me

[youtube]rSw0ci0t1qI[/youtube]
Quote maitang 15-9-2023 07:44 PM
macam dah berapa kali tati kena banned tapi lepas tu still ada jugak jualan dia kat kedai2.
Quote kakikuDibibirmu 15-9-2023 07:45 PM
200 kmh.jpg
Quote Binodino 15-9-2023 07:52 PM
TATI lagi. Asyik kena banned je tetap elok je promote kat radio & merata alam. Sepatutnya kalau dah banyak kali  ulang kesalahan yang sama jangan bagi dia promote produk kat mana2 platform.
Quote monsterwife 15-9-2023 07:52 PM
Sape owner ye ?
Quote CiliPadiSedap 15-9-2023 08:14 PM
sebab tu kaka pakai skincare  timbang gram, selamat sikit dari timbang kilo
Quote kakikuDibibirmu 15-9-2023 08:26 PM
Taytack:

Quote kotakominami 16-9-2023 03:22 PM
Lepas ni jgn pelik kenapa anak kau lahir cacat lembam.....nk putih sgt kan
Quote eizarz 16-9-2023 04:03 PM
ni product founder sskjp ke?
Quote totokreturn. 16-9-2023 04:07 PM
jom kita nyanyi lagi tati skin care mcm kat radio2
Quote KucaiHijau 16-9-2023 04:37 PM
Tabi**a mcmmana pulak...nampak ade influencer promote brand tu
Quote shernazz 16-9-2023 05:21 PM
Masih ada rupanya
Iols igt dah berkubur Tati ji
Quote intan244 17-9-2023 08:05 PM
brand mana ni. kelantan ka. tp nama mcm indon.
Quote eely_shana 17-9-2023 11:48 PM
Mcm pernah dgr nama tati
Quote Weller 18-9-2023 08:16 AM
mcm biasa, seller akan kata yg kantoi tu product tiruan. dia jual yang ori, takde masalah.


huhuhuhu
Quote cikatilia 18-9-2023 10:34 AM
tati ni masih byk jual online..
dekat tiktok / sopi / lazada
Quote vanillaninja 18-9-2023 11:48 AM
Ada lagi rupanya Tati ni. I tau ni brand SSKJP. Tapi tak sure siapa founder sebenar.
Quote AJENALI 18-9-2023 12:20 PM
Nak cantik n sihat tu memang bagus, tapi beli la di kedai2 y macam watson, guardian atau pun kat pasar raya yang terjamin ada kelulusan.

Dapat beza skin sihat dengan skin rosak. Muda lagi kulit dah problem
Quote likilu 18-9-2023 01:10 PM
kotakominami replied at 16-9-2023 03:22 PM
Lepas ni jgn pelik kenapa anak kau lahir cacat lembam.....nk putih sgt kan

Fuhh terancam baby founder noir haha
Mak dah putih melepak

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.050116 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top