CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Anak Lulusan Agama Tak Halang Yantzen Teruskan Kerjaya Seni, Gementar Bakal Sambut Menantu Sabtu Ini

15-9-2023 11:54 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 2637| Komen: 5

Penyanyi Yantzen tidak pernah merasakan dirinya terbatas meneruskan aktiviti dan kerjaya seni walaupun mempunyai seorang anak dengan latar pendidikan dalam bidang agama.

Pemilik nama sebenar, Yantzen Juniwan, 65, anaknya iaitu Muhammad Allif Ronan, 24, amat memahami minatnya itu dan sudah terdedah dengan dunia seni sejak masih kecil lagi.



"Dia membesar bersama saya dan sejak kecil lagi saya selalu bawa di jika ada persembahan. Dia tahu tentang kehidupan saya dan dia tahu untuk seimbangkan antara dirinya dan juga kerjaya saya.

"Anak pun tidak pernah halang untuk saya terus menyanyi. Baginya nyanyian adalah untuk saya melafazkan lirik-lirik dalam sebuah lagu. Saya buat untuk peminat," katanya kepada mStar.

Menurut Yantzen anaknya yang sebelum ini menyambung pelajaran Tarim, Yaman baru sahaja pulang ke tanah air pada April lalu dan kini bekerja sendiri.


Dalam masa sama dia turut berkongsi berita gembira bakal menyambut menantu pada Sabtu ini dan majlis pernikahan anaknya itu akan berlangsung di Kuala Lumpur.

"Anak saya sedang dalam persiapan untuk bernikah. Segala urusan pernikahan dilakukan oleh ibunya dan pasti saya akan hadir nanti.

"Semestinya saya amat teruja untuk menerima menantu. Bagaimanapun anak saya agak pemalu dan lebih suka untuk tidak terlalu bercerita kepada media.

"Selepas tamat pelajaran dia diberi peluang untuk mengajar dalam bidang agama. Namun dalam masa sama dia juga minta berniaga dan mahu mulakan perniagaan sendiri," ujarnya.

Untuk rekod, Aliff merupakan anak hasil perkahwinan Yantzen bersama pelakon Sharifah Noor Haslinda.

Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 Julai 1994 dan bercerai pada 2004.

Bercakap tentang tahap kesihatannya, Yantzen memberitahu dia masih menerima rawatan selepas mendedahkan terkena penyakit misteri sejak tahun lalu.


Sumber: mStar


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prince_marhaen 15-9-2023 03:59 PM
Edited by prince_marhaen at 15-9-2023 04:00 PM

rerajinkan diri sikit buat content ada isi.... cerita pasal anak, ko google je la setepek satu gambar... malas betul ye tt. c&p je.



btw, nampak macam banyak membesar ngan Leen je.....




Quote kechikchomel 15-9-2023 04:17 PM
prince_marhaen replied at 15-9-2023 03:59 PM
rerajinkan diri sikit buat content ada isi.... cerita pasal anak, ko google je la setepek satu gamba ...

ohhhh...dengan RM ni pun ada anak jugak eh? macam sama lak dia dengan adik dia si rara tu. 1st marriage ada anak sorang, 2nd marriage ada 3/4 orang anak.
baru ni Yantzen datang konti suria. dah la datang time petang masa kak rara & tyzo tu. pastu dengan jat skali dtg. dorang promo konsert apa ntah tu.


Quote nurshima 15-9-2023 04:37 PM
Yatzb dgn syarifah haslinda ni menikah lama, 9 tahun kot baru dapat anak.  Dapat anak jap je dalam 1 tahun lebih depa bercerai,  pelik subgguh,  masa tak dak anak tu boleh pula aman damai je
Quote moonela 15-9-2023 05:17 PM
prince_marhaen replied at 15-9-2023 03:59 PM
rerajinkan diri sikit buat content ada isi.... cerita pasal anak, ko google je la setepek satu gamba ...

Kalo follow fb dia dulu
macam anaknya membesar dengan Yantzen
Quote nw111 15-9-2023 05:29 PM
Alhamdulillah..menjadi anaknya..moga istiqamah..
Setakat ni anak acik sepah aini yg menjadi helok..

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:48 PM GMT+8 , Processed in 0.104565 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top