View: 2476|Reply: 5
|
Anak Lulusan Agama Tak Halang Yantzen Teruskan Kerjaya Seni, Gementar Bakal Sambut Menantu Sabtu Ini
[Copy link]
|
|
Penyanyi Yantzen tidak pernah merasakan dirinya terbatas meneruskan aktiviti dan kerjaya seni walaupun mempunyai seorang anak dengan latar pendidikan dalam bidang agama.
Pemilik nama sebenar, Yantzen Juniwan, 65, anaknya iaitu Muhammad Allif Ronan, 24, amat memahami minatnya itu dan sudah terdedah dengan dunia seni sejak masih kecil lagi.
"Dia membesar bersama saya dan sejak kecil lagi saya selalu bawa di jika ada persembahan. Dia tahu tentang kehidupan saya dan dia tahu untuk seimbangkan antara dirinya dan juga kerjaya saya.
"Anak pun tidak pernah halang untuk saya terus menyanyi. Baginya nyanyian adalah untuk saya melafazkan lirik-lirik dalam sebuah lagu. Saya buat untuk peminat," katanya kepada mStar.
Menurut Yantzen anaknya yang sebelum ini menyambung pelajaran Tarim, Yaman baru sahaja pulang ke tanah air pada April lalu dan kini bekerja sendiri.
Dalam masa sama dia turut berkongsi berita gembira bakal menyambut menantu pada Sabtu ini dan majlis pernikahan anaknya itu akan berlangsung di Kuala Lumpur.
"Anak saya sedang dalam persiapan untuk bernikah. Segala urusan pernikahan dilakukan oleh ibunya dan pasti saya akan hadir nanti.
"Semestinya saya amat teruja untuk menerima menantu. Bagaimanapun anak saya agak pemalu dan lebih suka untuk tidak terlalu bercerita kepada media.
"Selepas tamat pelajaran dia diberi peluang untuk mengajar dalam bidang agama. Namun dalam masa sama dia juga minta berniaga dan mahu mulakan perniagaan sendiri," ujarnya.
Untuk rekod, Aliff merupakan anak hasil perkahwinan Yantzen bersama pelakon Sharifah Noor Haslinda.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 9 Julai 1994 dan bercerai pada 2004.
Bercakap tentang tahap kesihatannya, Yantzen memberitahu dia masih menerima rawatan selepas mendedahkan terkena penyakit misteri sejak tahun lalu.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Yatzb dgn syarifah haslinda ni menikah lama, 9 tahun kot baru dapat anak. Dapat anak jap je dalam 1 tahun lebih depa bercerai, pelik subgguh, masa tak dak anak tu boleh pula aman damai je |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo follow fb dia dulu
macam anaknya membesar dengan Yantzen
|
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah..menjadi anaknya..moga istiqamah..
Setakat ni anak acik sepah aini yg menjadi helok.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|