BAYAN BARU – “Saya tahu anak saya buas (nakal) tapi bukan begini cara untuk memberi pengajaran dan nasib baik dia tak buta”, luah seorang bapa, Mazni Mohamad, 47. Mazni merupakan bapa kepada seorang pelajar tingkatan lima yang mengalami pendarahan pada mata kanan didakwa akibat dirotan guru sebuah sekolah menengah di Sungai Ara.
Jelasnya, anak lelakinya itu ditangkap ketika menghisap rokok elektronik dalam kelas ketika guru sedang mengajar subjek Sains kira-kira pukul 12.30 tengah hari. “Susulan itu, anak saya dibawa kepada seorang ustaz yang dikatakan pembantu guru disiplin untuk tindakan lanjut. “Anak saya disoal siasat sebelum guru disiplin berkenaan mendakwa dia menipu dan bertindak merotannya. “Bagaimanapun, rotan tersebut terkena pada bahagian mata kanan sekali gus menyebabkan dia mengalami pendarahan,” katanya kepada MalaysiaGazette.
Menurut pemandu lori itu, anak ketiganya itu mengadu kesakitan sebelum mendapati tangannya mempunyai kesan darah. “Susulan itu, guru berkenaan sedar tindakannya mengakibatkan kecederaan pada anak saya sebelum pihak sekolah membawanya ke klinik serta Hospital Balik Pulau untuk rawatan susulan. “Saya difahamkan, mereka terpaksa rujuk anak saya ke Hospital Pulau Pinang susulan tiada pakar mata di Hospital Balik Pulau. “Buat masa ini, keadaan anak saya stabil namun memerlukan pemantauan selama lima hari sebelum doktor memutuskan rawatan lanjut,” katanya. Tambahnya, satu laporan polis berhubung kejadian akan dibuat selain beliau dan isteri akan berjumpa dengan pihak sekolah untuk maklumat lanjut esok. –CARI Sumber: MalaysiaGazette
|
lifeline: xmau kecam sapa-sapa cuma nk c ...
plywood replied at 15-9-2023 10:52 AM
budak tu mengelak ker sampai terkena mata. .. klu sampai vape masa belajar kira teruk jgalah
newyork replied at 15-9-2023 11:04 AM
Kena debikk..lama dah agaknya cikgu2 simpan sabar..sekali meletupp
ADVERTISEMENT