CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8898|Reply: 141

Kantoi Hisap Vape Dalam Kelas- Pelajar Tingkatan Lima Alami Pendarahan Mata Dirotan Guru, Bapa Dah Buat Laporan Polis!

[Copy link]
Post time 15-9-2023 10:34 AM | Show all posts |Read mode
BAYAN BARU – “Saya tahu anak saya buas (nakal) tapi bukan begini cara untuk memberi pengajaran dan nasib baik dia tak buta”, luah seorang bapa, Mazni Mohamad, 47.


Mazni merupakan bapa kepada seorang pelajar tingkatan lima yang mengalami pendarahan pada mata kanan didakwa akibat dirotan guru sebuah sekolah menengah di Sungai Ara.


Foto: MalaysiaGazette




Jelasnya, anak lelakinya itu ditangkap ketika menghisap rokok elektronik dalam kelas ketika guru sedang mengajar subjek Sains kira-kira pukul 12.30 tengah hari.


“Susulan itu, anak saya dibawa kepada seorang ustaz yang dikatakan pembantu guru disiplin untuk tindakan lanjut.


“Anak saya disoal siasat sebelum guru disiplin berkenaan mendakwa dia menipu dan bertindak merotannya.


“Bagaimanapun, rotan tersebut terkena pada bahagian mata kanan sekali gus menyebabkan dia mengalami pendarahan,” katanya kepada MalaysiaGazette.




Foto: MalaysiaGazette




Menurut pemandu lori itu, anak ketiganya itu  mengadu kesakitan sebelum mendapati tangannya mempunyai kesan darah.


“Susulan itu, guru berkenaan sedar tindakannya mengakibatkan kecederaan pada anak saya sebelum pihak sekolah membawanya ke klinik serta Hospital Balik Pulau untuk rawatan susulan.


“Saya difahamkan, mereka terpaksa rujuk anak saya ke Hospital Pulau Pinang susulan tiada pakar mata di Hospital Balik Pulau.


“Buat masa ini, keadaan anak saya stabil namun memerlukan pemantauan selama lima hari sebelum doktor memutuskan rawatan lanjut,” katanya.


Foto: MalaysiaGazette







Tambahnya, satu laporan polis berhubung kejadian akan dibuat selain beliau dan isteri akan berjumpa dengan pihak sekolah untuk maklumat lanjut esok. –CARI


Sumber:  MalaysiaGazette
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2023 10:39 AM | Show all posts
xmau kecam sapa-sapa cuma nk cakap cantik sungguh adab budak tu
dlm kelas cikgu tgh mengajar dia pi hisap vape
beradab dan berilmuuu gitchuuuuuu
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
lifeline: xmau kecam sapa-sapa cuma nk c ...


Oh ye ke.. biadap nya.. maksudnya kau langsung tak hormat cikgu.... cikgu tu mesti dh hilang sabar.... maximum sgt dah tu kebiadapan nya...

Tp cikgu piat kat mata ke? ALLAHU...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 10:45 AM | Show all posts
mmeng pada muka jadi pengajaran kat murid lain
budak2 skrg ni kena tunjuk garang kt diorg
gen skrg andai cakap jah seklia kita gertak mencecet lari
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 10:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Walaupun sekolah iols ramai budak nakal, tapi takde pun budak2 nakal tu hisap rokok masa cikgu mengajar.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 10:52 AM | Show all posts
budak tu mengelak ker sampai terkena mata. .. klu sampai vape masa belajar kira teruk jgalah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Wehh tu dia vape dlm kelas ada cikgu.. Zaman 13 tahun ke belakang banyak je budak lg gangster. Tp merokok luar kelas belakang blok takde org senyap², sembunyi², curi². Tp kena tangkap terus mak bapak kena panggil lah cikgu cuma kecewa je. Tp lepas mak bapak kena panggil takde dah dorg buat perangai merokok dlm sekolah, kalau ada pon mmg tak dpt di tangkap sbb dorg buat clean takde cikgu tahu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Mencabarnya budak budak zaman sekarang. Mak ayah pula dah maklum anak macam tu, apa tindakan mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2023 10:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Saya tau anak saya mmg nakal, tapi...... Template Huntok parents yg bertuankan anak.


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
By the way, rupa budak tu seiring dgn perangai.Sori body shaming.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
plywood replied at 15-9-2023 10:52 AM
budak tu mengelak ker sampai terkena mata. .. klu sampai vape masa belajar kira teruk jgalah

Haaa boleh jadi. Dah salah isap vape, kena pukul masih nak melawan. Bangang
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 11:02 AM | Show all posts
samseng2 sekolah aku dolu pon xde la hisap rokok dalam kelas waktu cikgu mengajar....takat hilang, main2 dalam kelas je
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Kena debikk..lama dah agaknya cikgu2 simpan sabar..sekali meletupp
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
knp tutup muka, mta ja tjojol.biar smua org kenal. esok2 boleh jd tiktoker/youtuber asbab kes viral
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak ni patut kena hempok, tp bapak bekap pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
newyork replied at 15-9-2023 11:04 AM
Kena debikk..lama dah agaknya cikgu2 simpan sabar..sekali meletupp

Aku pasti dh bg amaran sebelum kena debik tu, tp budak² zaman skrg mmg mencabar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2023 11:13 AM | Show all posts
mcmn blh rotan smpi ke mata

tp kemain kau ye mengevape dlm kelas

menjadi2 bdk skrg kan
mencabar btl nk didik dorg ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 11:19 AM | Show all posts
bagi aku la kan, cikgu2 tiada hak utk memukul anak2 murid...worst case senario, halau shj mereka dr sekolah for that day...suruh mereka pulang ke rumah
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 11:20 AM | Show all posts
vape dalam kelas uollss........
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Dh tau anak kau nakal nape kau tak tolong libas? Anak aku 4 tahun pun kena cubit kalau tak behave takut menjadi jadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Fatima jangan sedih, hati 'daddy' memelukmu selamanya - Fattah
RalineFatima jangan sedih, hati 'daddy'
Views : 25834 Replies : 276
‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-Allah pada masa yang ditetapkan’ – Ameera tawakal kahwin dengan Jefri Nichol
Raline‘Allah sebaik-baik perancang, Insya-All
Views : 8045 Replies : 58
Harga kopi latte 2025
YgBenarHarga kopi latte 2025
Views : 10808 Replies : 10
Acikpor vs. Ngai
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai
Views : 150199 Replies : 5031
good info
fdsghye5egood info
Views : 2728 Replies : 0
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 188502 Replies : 8469
‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-takut beritahu saya’ - Shuib
Raline‘Watie sebenarnya nak anak tapi takut-t
Views : 6162 Replies : 36
Harith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Isu Komen ‘Ham’ Persenda Nabi
RalineHarith Iskander Akan Dipanggil Jakim, Is
Views : 15526 Replies : 73
Rakan sekelas cemburu, depan Thalita pura-pura baik
RalineRakan sekelas cemburu, depan Thalita pur
Views : 6410 Replies : 29
50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi
maklukpenggoda50 selebriti kekal muflis- Ketua Pengara
Views : 7772 Replies : 25

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 03:03 AM GMT+8 , Processed in 0.059711 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list