Haqiem Rusli baru-baru ini berkongsi video masakan Kway Teow Chinese mengikut caranya sendiri. Apa yang menarik perhatian adalah gelagat Haqiem di dapur yang sedikit kelam kabut tetapi kekal tenang membuatkan netizen terhibur.
Haqiem juga dilihat memakai pelindung muka (face shield) dan mengulas mengenai cara masakannya dengan suara mendatar juga menyebabkan netizen geli hati. Disebabkan nada suaranya itu, ada netizen menggelarkannya sebagai Nobita iaitu karakter dalam anime popular berjudul Doraemon. Malah ramai yang kata Haqiem makin kelakar lepas kahwin.
|
ADVERTISEMENT