View: 2004|Reply: 7
|
Ramai Terhibur Tengok Haqiem Rusli Memasak, Siap Pakai Face Shield, Buat Suara Nobita "Makin Kelakar Lepas Kahwin"
[Copy link]
|
|
Haqiem Rusli baru-baru ini berkongsi video masakan Kway Teow Chinese mengikut caranya sendiri.
Apa yang menarik perhatian adalah gelagat Haqiem di dapur yang sedikit kelam kabut tetapi kekal tenang membuatkan netizen terhibur.
 Foto: IG
Haqiem juga dilihat memakai pelindung muka (face shield) dan mengulas mengenai cara masakannya dengan suara mendatar juga menyebabkan netizen geli hati.
Disebabkan nada suaranya itu, ada netizen menggelarkannya sebagai Nobita iaitu karakter dalam anime popular berjudul Doraemon.
Malah ramai yang kata Haqiem makin kelakar lepas kahwin.
Penyanyi ini juga menyatakan hasrat untuk melakukan satu lagi masakan di masa akan datang dan meminta netizen mencadangkan hidangan kegemaran mereka.
“Selamat datang ke dalam program ‘Saya memasak,saya yang makan’, suara itu hanyalah lakonan sahaja, suara sebenar saya garau macam Zul Ariffin.
“Saya masak Kuey Teow Chinese, kalau korang nak cuba silakan, saya set up yang simple dan mudah sahaja.
“Korang boleh request next nak saya masak apa di ruangan komen, sebab kenapa kena komen? Sebab boleh dik. Tapi macam nak masak tomyam,” tulisnya. -CARI
Sumber Gempak
|
|
|
|
|
|
|
|
apa la yg kelakar sgt  |
|
|
|
|
|
|
|
dek qiqi ni kalau buka spek lain betul muka |
|
|
|
|
|
|
|
Tp iols rengsa ngan minik ko dik qiqie |
|
|
|
|
|
|
|
apa bunyi ko bercakap tu tiru khairul aming cakap?lol |
|
|
|
|
|
|
|
mane bini? masak utk sorg makan je ker
|
|
|
|
|
|
|
| |
|