Jika tidak diawet secara sempurna, makanan diawet boleh menyebabkan kematian. Seorang wanita meninggal dunia selepas makan hidangan ikan sardin di sebuah restoran di Bordeaux, Perancis, semalam.
Mangsa bersama 12 orang lain yang kebanyakannya adalah warga asing diserang sejenis penyakit saraf serius, Botulisme selepas memakan hidangan tersebut. Pegawai kesihatan Perancis mengesahkan mangsa lain masih dirawat kerana Botulisme yang biasanya disebabkan oleh makan makanan yang tidak diawet dengan sempurna. Restoran di pusat bandar itu mengawet sendiri sardin yang dihidangkan kepada pelanggan, kata Direktorat Kesihatan Perancis (DGS). Di hospital Pellegrin, Bordeaux, Dr Benjamin Clouzeau berkata, mangsa, wanita itu mendaftar masuk ke hospital berhampiran Paris selepas pulang dari restoran itu bersama pasangannya.
Mangsa meninggal dunia sejurus pulang ke rumah. Pasangannya pula masih dirawat di unit rawatan rapi. Difahamkan, seramai 12 orang masih menerima rawatan kecemasan, kata perkhidmatan kesihatan. Lima daripada mereka terpaksa diberikan bantuan sokongan pernafasan. Mangsa terdiri daripada warga Amerika Syarikat, Ireland, Jerman dan Kanada. Seorang warga Jerman sudah pulang ke negaranya untuk mendapatkan rawatan, begitu juga seorang penduduk Barcelona, Sepanyol, kata doktor itu. Mereka makan di Restoran Tchin Tchin Wine Bar antara 4 dan 10 September lalu yang mana restoran itu terkenal dalam kalangan pelancong di bandar barat daya Perancis. “Mereka memesan ikan sardin yang diawet sendiri oleh pemilik restoran itu di dalam balang,” kata DGS. Sumber: Suara Merdeka
|
idril replied at 15-9-2023 09:42 AM
ala2 ikan pekasam la ye dak
akusukaq replied at 15-9-2023 09:54 AM
Terus takut nak makan pekasam dah...
ADVERTISEMENT