CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1956|Reply: 6

Mati Lepas Makan Sardin Diawet Sendiri Di Restoran

[Copy link]
Post time 15-9-2023 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Jika tidak diawet secara sempurna, makanan diawet boleh menyebabkan kematian.  Seorang wanita meninggal dunia selepas makan hidangan ikan sardin di sebuah restoran di Bordeaux, Perancis, semalam.




Gambar hiasan




Mangsa bersama 12 orang lain yang kebanyakannya adalah warga asing diserang sejenis penyakit saraf serius, Botulisme selepas memakan hidangan tersebut.


Pegawai kesihatan Perancis mengesahkan mangsa lain masih dirawat kerana Botulisme yang biasanya disebabkan oleh makan makanan yang tidak diawet dengan sempurna.


Restoran di pusat bandar itu mengawet sendiri sardin yang dihidangkan kepada pelanggan, kata Direktorat Kesihatan Perancis (DGS).


Di hospital Pellegrin, Bordeaux, Dr Benjamin Clouzeau berkata, mangsa, wanita itu mendaftar masuk ke hospital berhampiran Paris selepas pulang dari restoran itu bersama pasangannya.


Mangsa meninggal dunia sejurus pulang ke rumah. Pasangannya pula masih dirawat di unit rawatan rapi.


Difahamkan, seramai 12 orang masih menerima rawatan kecemasan, kata perkhidmatan kesihatan. Lima daripada mereka terpaksa diberikan bantuan sokongan pernafasan.


Mangsa terdiri daripada warga Amerika Syarikat, Ireland, Jerman dan Kanada. Seorang warga Jerman sudah pulang ke negaranya untuk mendapatkan rawatan, begitu juga seorang penduduk Barcelona, Sepanyol, kata doktor itu.


Mereka makan di Restoran Tchin Tchin Wine Bar antara 4 dan 10 September lalu yang mana restoran itu terkenal dalam kalangan pelancong di bandar barat daya Perancis.


“Mereka memesan ikan sardin yang diawet sendiri oleh pemilik restoran itu di dalam balang,” kata DGS.




Sumber: Suara Merdeka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2023 09:42 AM | Show all posts
ala2 ikan pekasam la ye dak
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 09:54 AM From the mobile phone | Show all posts
idril replied at 15-9-2023 09:42 AM
ala2 ikan pekasam la ye dak

Terus takut nak makan pekasam dah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 10:00 AM | Show all posts
Sewaktu saya suka pergi Spain Greece turkey dahulu memang suka makan sardine dengan bread.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 10:01 AM | Show all posts
org2 nusantara dri dlu2 mkn makanan laut yg di awet okay jerrr.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-9-2023 04:45 PM | Show all posts
akusukaq replied at 15-9-2023 09:54 AM
Terus takut nak makan pekasam dah...

kan uols silap peram boleh mamp
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-9-2024 09:20 PM GMT+8 , Processed in 0.068585 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list