Baru-baru ini kecoh di media sosial berkenaan isu isteri bersikap sombong dan berlagak apabila mempunyai pendapatan lebih daripada suami. Ketika isu ini hangat diperkatakan netizen di media sosial, pelakon Reen Rahim tampil berkongsikan pandangannya apabila ditanya pengikut berhubung perkara itu.
Dalam hal ini, Reen atau Noreen Ashikin Abdul Rahim, 34, berpendapat setiap perbuatan yang ditunjukkan oleh isteri adalah cerminan kepada suami. "Isteri itu adalah cerminan lelaki. Macam mana kau didik bini kau," katanya. Aktress tersebut juga berpandangan, suami sepatutnya muhasabah diri dan menilai punca seseorang isteri berubah sikap atau kelakuan. "Bila isteri buat perangai negatif, dah sombong dengan kau, tak layan kau, dah rasa dia besar, kau tanya balik diri kau, kau jaga hati dia tak? "Jadi, para suami, kalau isteri dah buat perangai tahi, semak semula kau punya perangai. Okay atau tak," ujarnya.
Dalam pada itu, Reen berpandangan sekiranya seseorang suami memiliki pendapatan lebih rendah namun menjalankan tanggungjawab dengan baik, isteri pasti menghormati mereka dan tidak melakukan tindakan biadab. "Kalau la kau (suami) tiada duit, tapi jalankan tanggungjawab sebagai suami, menyenangkan hati, membahagiakan, dia (isteri) takkan pijak kepala kau," katanya.
|
ADVERTISEMENT